Rabu, 16 November 2011

amanah dan tanggungjawab

Hari ni 16 November 2011. Awal bulan ni aku pos entri tentang ucapan TPM. Rasa bangga jugala bilamana TPM pun menyokong bahasa kita. Naik semangat aku. Tambah pulak bila dia kata nak banyakkan terjemahan buku-buku pelajaran yang bagus. huhu....suka....

Sekarang rumah aku dah tak sunyi lagi. Aku balik kerja dan pergi kerja pun dah berteman. Bukan 'cik abang' akula tapi anak saudara aku. Harap dapat jaga dia dengan baik sepertimana yang mak dan bapa dia harapkan. Amin...doakan aku ya semua agar dapat aku menjaga amanah dan tanggung jawab ini dengan sempurna dan membuahkan hasil.

Kredit kepada pemilik gambar

Selasa, 1 November 2011

TEKS UCAPAN TPM DI MAJLIS PERASMIAN KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

Hari ni terpanggil untuk bercakap (hehe...menyalin semula di sini) tentang bahasa Melayu. Sama-samalah kita menghayati apa yang diucapkan TPM kita YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN (kredit kepada ahli TERAJUAN (En Rafiq): 





TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

DI MAJLIS PERASMIAN KONGRES BAHASA
DAN PERSURATAN MELAYU

PADA 29 OKTOBER 2011; PUKUL 9.00 PAGI;
BERTEMPAT DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
KUALA LUMPUR

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berbahagia Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Dr. Ismail Hussein,
Ketua Satu GAPENA.

Yang Berbahagia Dato' Haji Termuzi bin Abdul Aziz,
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.

Yang Berbahagia Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar,
Ketua Dua GAPENA, merangkap Pengerusi Kongres.

Barisan Para Pemimpin Pertubuhan-Pertubuhan Melayu yang bersama-sama menganjurkan Kongres.

Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin sekalian.

1. Marilah kita bersama-sama melafazkan segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Di atas limpah kunia dan izinNya jua kita dapat berhimpun pada pagi yang berbahagia ini dalam Majlis Perasmian Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-8.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur khasnya GAPENA dan Majlis Muafakat Melayu Malaysia yang sudi menjemput saya untuk merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada pagi ini. Saya bagi pihak kerajaan amat mengalu-alukan penganjuran kongres ini yang pada hemat saya amat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan kedudukan bahasa dan persuratan Melayu di negara kita.

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
Menjadi milik semua warga
Martabat bahasa demi perpaduan
Semoga kita sejahtera sentiasa

3. Ketika merasmikan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dua minggu yang lalu, saya telah mempertegaskan peri penting peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan. Penegasan ini adalah selaras dengan kedudukan istimewa bahasa Melayu yang telah terpahat kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan, dalam undang-undang bertulis dan dalam dasar-dasar utama negara.

BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN

4. Apatah lagi dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, budaya dan bahasa, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah amat penting kepada proses pemupukan perpaduan dan pembinaan negara bangsa. Jika kita menghimbau sejarah, kita akan dapati bahawa perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah terkait rapat dengan hasrat mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Paksi kepada perpaduan yang hendak dibina adalah satu identiti kebangsaan yang dipupuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan.

5. Hasrat murni penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan sepertimana yang terkandung dalam Dasar Bahasa Kebangsaan bukanlah sesuatu yang sukar untuk kita fahami. Apabila bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ini bukan lagi menjadi milik eksklusif orang Melayu, tetapi milik bersama kaum-kaum lain juga. Orang Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain mempelajari bahasa Melayu, menulis dalam bahasa Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

6. Kesan positif daripada pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan adalah peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Hari ini, orang bukan Melayu bukan sahaja boleh berbahasa Melayu, tetapi ada dalam kalangan mereka yang lebih fasih berbahasa Melayu berbanding orang Melayu sendiri. Malah ada antara mereka yang menjadi pakar dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu. Walaupun bukan orang Melayu, atas semangat dan jiwa sebagai warga Malaysia, mereka bangga menggunakan bahasa Melayu, malah gigih memperjuangkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan.

7. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah meruntuhkan tembok pemisah antara kaum di negara kita. Dengan bertutur menggunakan bahasa kebangsaan yang sama, kita telah berjaya membina satu identiti dan jatidiri nasional yang menjadi paksi kepada perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa. Pada masa yang sama, oleh kerana negara kita tidak mengamalkan dasar asimilasi dalam hubungan antara kaum, orang bukan Melayu juga bebas untuk mempelajari dan mengembangkan bahasa ibunda masing-masing.

8. Alhamdulillah, selama lima dekad selepas merdeka, kita telah berjaya memartabat dan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu, tanpa menjejaskan bahasa ibunda kaum-kaum yang lain. Bermula dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita telah berjaya menggunakan bahasa Melayu secara meluas dalam sistem pentadbiran dan pendidikan negara. Hari ini, kita telah berjaya melahirkan ratusan ribu graduan yang mempelajari pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Melayu. Mereka inilah yang kini menjadi pentadbir dalam perkhidmatan awam, pengurus dalam sektor swasta dan pakar dalam pelbagai bidang profesional yang memacu kemajuan negara.

BAHASA MELAYU DAN CABARAN GLOBALISASI

9. Namun, mutakhir ini peranan bahasa Melayu sebagai paksi kemajuan dan pembentukan negara bangsa semakin teruji. Ujian ini datangnya dari pelbagai sudut. Paling ketara adalah rempuhan arus globalisasi yang melanda seantero dunia. Sepertimana yang berlaku di kebanyakan negara, globalisasi telah mengundang konflik antara kedudukan bahasa serta budaya bangsa di satu pihak dan kuasa pasaran di pihak yang lain.

10. Hal ini berlaku kerana dalam era globalisasi, kemajuan sesebuah negara ditentukan oleh kemampuannya untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, penguasaan bahasa antarabangsa, terutamanya bahasa Inggeris, menjadi semakin penting. Dalam keadaan ini, ada pihak yang menganggap penguasaan bahasa Inggeris adalah jauh lebih penting berbanding bahasa kebangsaan. Malah ada yang tidak lagi percaya dengan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
11. Saya tidak menafikan kepentingan menguasai bahasa Inggeris. Rakyat kita mestilah berupaya untuk menguasai lebih daripada satu bahasa supaya kita boleh mempelajari ilmu yang terdapat dalam bahasa selain daripada bahasa kita. Penguasaan pelbagai disiplin ilmu yang terdapat dalam pelbagai bahasa adalah penting untuk membolehkan kita menjadi bangsa yang maju.

BAHASA MELAYU BAHASA KEMAJUAN

12. Tetapi soalnya, apakah kita tidak boleh maju dengan bahasa kita sendiri? Apakah bahasa kita tidak mampu untuk mengungkapkan konsep-konsep ilmu dengan baik, menyampaikan ilmu-ilmu yang kompleks dengan jelas dan nyata, serta menjadi wahana kemajuan bangsa kita? Apakah hanya dengan mempelajari ilmu dalam bahasa asing akan menjadikan kita sebuah bangsa yang maju?

13. Mungkin kita boleh maju dengan menguasai bahasa bangsa-bangsa yang telah maju. Anak-anak kita boleh diajar untuk mempelajari ilmu dalam bahasa bangsa yang telah maju, bukan dalam bahasa kita. Dengan itu, kita tidak perlu menterjemah ilmu-ilmu baru ke dalam bahasa kita kerana kita boleh mempelajarinya dengan cepat dalam bahasanya yang asal. Kita juga tidak perlu menghasilkan karya dalam bahasa kita kerana sumbernya dalam bahasa asing lebih banyak dan boleh diperolehi dengan lebih cepat. Jika kita dapat mempelajari ilmu-ilmu baru dengan cepat, kita juga boleh maju dengan cepat.

14. Tetapi hakikatnya, berapa ramaikah di kalangan rakyat kita yang boleh menguasai bahasa asing dengan baik untuk membolehkan mereka mendalami ilmu dalam bahasa tersebut. Jumlahnya barangkali tidaklah ramai. Sebahagian besar rakyat kita lebih fasih berbahasa kebangsaan dan dengan itu lebih mudah mempelajari ilmu dalam bahasa kita sendiri.

15. Jika semua ilmu diajar dalam bahasa asing, maka hanya segelintir daripada masyarakat kita dapat menguasai ilmu. Sebahagian besar rakyat akan ketingalan dalam perlumbaan mengejar ilmu. Akhirnya, ilmu-ilmu yang penting hanya berlegar dalam kalangan segelintir mereka yang fasih berbahasa asing. Majoriti rakyat yang tidak fasih berbahasa asing akan gagal menguasai sebarang ilmu dan tercicir daripada arus kemajuan. Mereka tidak akan maju, jauh sekali menyumbang kepada kemajuan negara. Percayalah, bangsa kita tidak akan maju jika sebahagian besar rakyat kita tidak dapat menguasai ilmu dalam bahasa kita sendiri.

Janganlah kerana mengejar untung sejengkal
Kita menanggung rugi sedepa.

16. Dalam keghairahan kita menguasai bahasa asing, janganlah kita mengabaikan fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Malah, dalam menempuh arus globalisasi yang semakin deras, usaha untuk memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu mestilah diperhebatkan lagi.

17. Dalam konteks ini, wajar kita mengambil iktibar dari sejarah lampau untuk dijadikan pedoman. Orang Eropah dahulu mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu. Tetapi mereka kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memperkayakan ilmu yang diperolehi. Mereka menulis karya-karya agung dalam bahasa mereka sendiri. Universiti-universiti didirikan untuk mengajar ilmu yang baru ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah.

18. Hari ini, orang Eropah tidak perlu lagi mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Universiti-universiti mereka juga telah berjaya menjadi universiti terkemuka di dunia dengan menawarkan pendidikan dalam bahasa Eropah. Mereka telah berjaya mencipta ilmu dalam bahasa mereka sendiri dan mengembangkannya ke seluruh dunia. Akhirnya, bangsa Eropah menjadi bangsa yang maju dan bahasa mereka juga menjadi bahasa yang maju.

19. Inilah sikap bangsa yang telah maju. Mereka mempelajari sesuatu bahasa untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu tanpa merendahkan kemampuan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu. Mereka juga mempunyai rasa bangga yang amat kental terhadap bahasa mereka.

20. Sebagai bangsa yang sedang meniti arus kemajuan, kita sebenarnya berada di persimpangan jalan yang akan menentukan masa depan bangsa dan bahasa kita. Apakah kita ingin maju dengan menjadikan bahasa asing sebagai satu-satunya bahasa ilmu, atau memperkasakan bahasa kita sendiri sebagai bahasa ilmu? Pada hemat saya, satu-satunya pilihan yang ada ialah mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu dan pada masa yang sama memperkasakan bahasa kita sendiri sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Bersama nenda mencari lokan
Singgah sebentar di hujung desa
Bahasa Melayu bahasa kemajuan
Martabat bahasa majulah bangsa

LANGKAH MEMAJUKAN BANGSA DAN BAHASA

21. Hasrat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kemajuan bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita capai. Tidak ada jalan pintas untuk kita memajukan bangsa dan bahasa kita. Ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan pelbagai pihak. Pertama, kita perlu memiliki sikap yang positif terhadap bahasa Melayu. Kita sendiri perlu yakin dengan kemampuan bahasa kita sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Kita perlu bangga bertutur dalam bahasa Melayu, menulis dalam bahasa Melayu, hatta berfikir dalam bahasa Melayu. Tanpa keyakinan dan rasa bangga terhadap bahasa Melayu, kita tidak mungkin mampu melangkah jauh dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

22. Kedua, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk membina keyakinan rakyat terhadap bahasa Melayu. Ini kerana keyakinan itu tidak akan terbina dengan sendiri. Ia menuntut semua pihak berjihad memupuk rasa yakin serta bangga rakyat terhadap bahasa Melayu.

23. Dalam fasa baru jihad memartabat bahasa Melayu ini, para pejuang bahasa mempunyai peranan yang amat penting. Mereka tidak harus lagi bertindak sebagai kumpulan pendesak semata-mata, tetapi perlu bersama-sama dengan kerajaan dan masyarakat terbanyak untuk memupuk sikap positif rakyat terhadap bahasa Melayu. Para pejuang bahasa perlu sentiasa turun padang, berada di tengah-tengah masyarakat, menjadi penggerak kesedaran rakyat pelbagai kaum untuk membina keyakinan mereka terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan.

Alang-alang berdakwat biar hitam
Alang-alang berminyak biar licin
Alang-alang mandi biar basah

24. Seterusnya, kita juga perlu pastikan bahasa Melayu mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Dinamika bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi perlu dimantapkan lagi. Usaha-usaha penciptaan istilah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu perlu dipergiatkan. Malah, lebih daripada itu, istilah-istilah yang dicipta perlu digunakan secara meluas samada dalam karya-karya ilmiah atau karya-karya popular. Ini bermakna, para ilmuwan di negara kita perlu mempergiatkan usaha untuk berkarya dalam bahasa Melayu.

25. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan ilmuwan kita menghasilkan karya-karya sains dan teknologi dalam bahasa Melayu, saya telah mengumumkan pewujudan dana insentif sebanyak 2 juta ringgit di bawah seliaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ganjaran akan diberikan kepada penulis karya ilmiah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu yang karyanya diterima untuk diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

26. Kerajaan juga akan memperkukuhkan peranan Institut Terjemahan Negara Malaysia sebagai agensi penterjemahan utama negara. ITNM akan bertanggungjawab untuk memperhebatkan lagi usaha penterjemahan buku-buku ilmiah antarabangsa yang berkualiti sebagai langkah menambah khazanah keilmuan dalam bahasa Melayu. Kita perlu mencontohi usaha yang dilakukan oleh Korea Selatan misalnya yang menerbitkan 10,000 karya terjemahan setahun daripada jumlah keseluruhan 40,000 judul buku yang diterbitkan. Taiwan pula menerbitkan 8,000 karya terjemahan setahun daripada jumlah keseluruhan 38,000 judul buku.

27. Saya juga menyambut baik pengumuman YB Menteri Pengajian Tinggi dua hari yang lalu bahawa penerbitan dalam bahasa Melayu akan dijadikan salah satu kriteria kenaikan pangkat ahli-ahli akademik di institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan. Mudah-mudahan dengan langkah positif ini, darjat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan lebih perkasa lagi.

28. Saya berharap agar para ilmuwan kita segera merebut peluang ini untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya ilmiah dalam bahasa Melayu, sekaligus memperkayakan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu. Sudah sampai masanya kita menjadi bangsa yang mencetus dan mencipta ilmu dalam bahasa kita sendiri, bukan sekadar bangsa yang mencedok atau menggunapakai ilmu dari luar.

PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU

29. Di samping memartabatkan Bahasa Melayu di tanah air sendiri, sudah sampai masanya bahasa Melayu diperkasakan di peringkat antarabangsa. Pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa perlu dijadikan antara fokus utama institusi-institusi pengajian Melayu di negara kita. Saya difahamkan terdapat lebih 150 Pusat Pengajian Melayu di seluruh dunia yang boleh dijadikan rakan strategik untuk memperluaskan pengajian bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

30. Untuk itu, saya mencadangkan agar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka menjalin kerjasama untuk menawarkan latihan dan kursus Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Untuk memastikan akses yang lebih luas dan mudah serta kos yang lebih efektif, teknologi digital boleh dimanfaatkan dengan menawarkan kursus-kursus dalam bentuk pembelajaran atas talian.

31. Ketika mengadakan lawatan rasmi ke Copenhagen pada bulan Mei yang lalu, saya juga telah mengumumkan kesediaan kerajaan untuk menghantar tenaga pengajar bahasa Melayu ke negara-negara luar dan melatih rakyat Malaysia di luar negara sebagai munsyi bahasa Melayu. Ini bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia di luar negara untuk mempelajari bahasa Melayu. Lanjutan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti tenaga pengajar yang berkelayakan dan merangka program latihan yang bersesuaian. InsyaAllah, program ini kita akan mulakan pada tahun hadapan. Dengan adanya inisiatif ini, saya berharap agar usaha untuk mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa akan dapat dipergiatkan lagi.

32. Bagi pihak kerajaan, saya bersyukur ke hadhrat Allah s.w.t kerana saudara-saudari sekalian selaku penggiat bahasa telah berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan istimewa persuratan Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Para pejuang bahasa terdahulu telah dengan tegas meletakkan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara bangsa dan pentadbiran negara. Kini, saudara-saudari sekalian menyambung perjuangan mulia ini dan saya amat berharap agar perjuangan ini disahut pula oleh generasi muda kita di masa hadapan.

PENUTUP

33. Mudah-mudahan dengan iltizam dan keyakinan kita yang kental terhadap bahasa Melayu, kita akan berjaya membentuk keperibadian kebangsaan melalui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bangsa kita menjadi bangsa yang padu dan perkasa. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus memperkasakan bahasa dan persuratan Melayu dengan fungsinya yang mantap, bermartabat dan mulia selama-lamanya di negara kita yang tercinta.

Elok bahasa kan bekal hidup
Elok budi kan bekal mati

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-8.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Jumaat, 29 Julai 2011

sekadar ingatan

thanks to this pic owner

hmm...diam tak diam hampir sebulan jugala aku tak menulis. dok melayan hati saja. nak tulis ke tak nak, nak tulis ke tak nak...dah macam iklan rokok tapi akhirnya tidak menulis. apa yang nak ditulis akhirnya terpendam begitu saja jadi pekasam. aku terfikir, kadang-kadang kita menulis untuk melepas geram namun tanpa sedar termengumpat pula. hmm...aku sendiri pun tak terkecuali la kan. kadang-kadang masa sedih, masa geram dan sakit hati teringin nak seseorang mendengar tanpa suara, jadi, disinilah layaknya tapi dengan keadaaan yang sangat beremosi tu, selalu saja kita terlupa diri dan habis semua diceritakan. jadi, sekarang beringatlah dan tapis atau fikir dulu kesesuaian cerita yang nak dikongsi (ingatan buat diri sendiri). 

Khamis, 23 Jun 2011

1234 Bittersweet

tiba-tiba rasa macam lagu ni kena pulak dengan diri aku sekarang 
especially bila dia kata "what u do, where u go, you just can't let it go" 

One two three four five
How many times untill you can decide
What’s wrong when u can’t feel it right?
No need for you to run and hide
Five six seven eight
We didn’t came here to educate
We came here just too stay up late
Alert your friends there’ll be a raid
No matter what you do
Or where you go
It’s in your brain
Because u just can’t let it go
One two month before
She made me wrote this silly line
I can’t get through but is that a crime?
I’m lost for words forgot how it rhyme
Five six seven times
Attractive still your eyes and smile
It makes me feel so good inside
Because it’ll come to you when the time is right
No matter what you do
Or where you go
It’s in your brain
It’s in your vein
Because u just can’t let it go
Hey wait
I can wait
Everybody’s looking for better days
And i keep looking for better ways
Don’t you worry there will be another day

Selasa, 21 Jun 2011

senggugut dan panleuko

semalam aku mc tapi tak pula aku ke klinik. senggugut ja tapi sakit...dengan peningnya sebab kurang darah menambahkan kesejukan pada aku. apalagi, walaupun dah siap cantik, tetap juga aku berbungkus untuk mengurangkan kesejukan. nak tutup kipas, tak ada pula pengaliran udara.

tiba pukul 5++pm, mr maba telefon dan cakap nak bawa tompok ke klinik. nampak macam sakit katanya sebab paginya dia muntah. maka, aku pun keluar dan dapatkan tompok. sedihnya aku bila tengok ada darah yang banyak keluar dari hidung dia. lemah saja badan dia. sampai saja mr maba, kami pun terus keluar ke klinik. mujur tak ramai jadi dapatlah segera jumpa dr. selalunya kena daftar dulu baru jumpa, tapi sebab semalam dr klasifikasikan sebagai kes kecemasan maka tompok terus dibawa jumpa doktor manakala aku daftarkan dia. mulanya dr kata dia demam, pastu cek pula kalau ada virus ombak kucing. huhu...sedihnya tengok dia dan hasil ujiannya POSITIF. tompok mengalami PANLEUKOPENIA. penyakit yang tak ada ubat dan peluang hidup sangat tipis di bawah 40%. sedih sangat tengok dia kena cucuk masuk air. harap dia dapat sembuh. sekarang dia si wad. kena tahan 4 hari kata doktor. semoga Allah lindungi dia dan selamatkan dia. sedih...walaupun aku rajin lekuk dan macam2 dengan dia, tapi aku tak juga sampai hati tengok dia sakit macam tu.hua...

Jumaat, 17 Jun 2011

wonderful world-zain bikha

O what a wonderful world this would be
if we all open our eyes to see
He is all that we need right now
and we can all come together somewhere...somehow
His door is open no matter who you are
just take the first step, you'll see it's not so far
Down this road that holds all the answers
open you heart to something greater
His holy book speaks pure and true
and always tells us what we must do
His Last Prophet was sent as a guide
an example by which we abide
There is salvation for those who seek
to find the one and only source of peace
An understanding of why we are here
who created us, who we must fear
Chorus
Such different people from different lands
were all descendants of the first man
We can be one nation facing one God
with no hatred, no envy, no war
Created equal are you and I
which of his favours can we ever deny
We may have everything or nothing at all
but our purpose lies with this call
To worship Him, to praise Him all day
onto the straight path, lets not go astray
He is the Greatest and Most Merciful
and everything acts upon his will
Chorus
Like every sunrise that brings forth each day
brings new meaning, new hope, a new way
Such is the blessing bestowed upon us
every hardship and heartache will pass
From the mountains to the deep blue sea
everything in perfect harmony
and as the stars fill the evening sky
without us sensing, life is passing by
So if you want a solution, my friend
seize this moment, this day before it ends
turn to Him, don't you see it's so clear
believe in Allah, He's always near
Chorus

Pantun Budi-Tan Sri Dato' SM Salim

Kalau menebang
Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa, aduhai sayang
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok, aduhai sayang
Umpama pokok tidak berbuah 

Bunga selasih
Bunga selasih si bunga padi
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di dalam taman
Pertama kasih
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu, aduhai sayang
Yang mana satu nak diturutkan 

Datuk laksamana
Datuk laksamana ke Bangkahulu
Belayar kapal, aduhai sayang
Belayar kapal membawa garam
Bagailah mana
Bagailah mana kapal nak lalu
Kuala sudah, aduhai sayang
Kuala sudah dilimbung karam 

Bungalah padi
Bunga padi bunga kiambang
Buat hiasan, aduhai sayang
Buat hiasan di taman bunga
Buahlah hati buahlah hati
Kekasih orang
Hamba menumpang, aduhai sayang
Hamba menumpang gembira saja 


kecantikan tu satu pakej

siti nurhaliza tu cantik kan? aku pun suka. dahla cantik, suara sedap, menjaga pula adab. tak macam sesetengah orang yang harap muka cantik, akhlak dan tutur kata hancur. lagi hancur kalau muka dah la kurang, akhlak dan tutur kata lagila tak ada langsung. wayang saja yang lebih. kan teruk tu. hmm....tambah burukkan diri lagi adalah kalau gelak pun mengilai-ngilai. agaknya kalau ada pontianak ke jin setan ke, makhluk tu pun takut nak dekat. hee..ada saja aku hari ni kan? yala, pagi ni hati aku terbakar. dah lepas dalam FB tadi tapi masih ada lagi api kepanasan dalam ni yang menyebabkan aku rasa macam tak boleh nak sambung kerja kalau tak sejukkan. tak maula semangat yang berkobar-kobar tadi terbonsai oleh si bonsai tu. hmm...dahla. nanti aku pun sama dengan dia (dah sama jugala sikit kan?) ok, ok, tarik nafas dalam dalam..tahannnnnnnnnn (1 2 3 4 .........10) lepas. huh..lega rasa.

Rabu, 15 Jun 2011

orang sukar ke aku yang sukar???

kadang-kadang diri terasa sangat letih. selalunya bukan letih badan buat kerja pun tapi letih hati dan perasaan menghadapi mereka-mereka yang sukar atau diri sendiri yang menyukarkan keadaan. aku pun tak pasti tapi mana ada orang yang rasa dia tu orang yang sukar, kan? dan kalau dia sedar dia tu selalu menyukarkan orang, mesti dia dah ubah diri (bagi yang selalu nak muhasabah dan tidak egola). bercakap tentang mereka yang sukar ni, buku "menghadapi individu sukar" pun aku belum habiskan. banyak lagi juga bukus ( manglish untuk buku-buku boleh tak? hehe) yang aku belum habiskan. sekarang ni balik ja rasa nak lelap ja mata. kalau boleh tu tak mau buat apa-apa tapi banyak benda nak kena buat. tambah pula cabang kerja dah makin bertambah (cabang kerja ja bukan ahli rumah. :D...redha...), lagila susah nak lepak. tapi kadang-kadang tu tolak juga ke tepi dan setelkan mana yang patut ja dulu. buat kawan aku J, minta maafla sebab baju dia dah lama terperap belum dijahit walaupun dah potong. Buat kakak tu juga aku pun tak berani nak apakan lagi. yang tu memangla haru, dah kita pulangkan sebab tak berani ambil risiko, dia nak juga tanggung risiko ketidakberanian aku yang amatur ni. dia tak mahu ambil dan nak juga aku jahit. haiii...susah juga dengan orang sukar macam ni. kategori sukar juga ke ni? hee...

tak ingat pula sumbernya..maaf ya

Selasa, 14 Jun 2011

memang tak patut sungguh

semalam masa nak makan, kat paper NST yang dibentang jadi alas tu ternampakla pulak topik layan suami macam pelacur tu. sebelum ni dah baca yang dalam Berita Harian tapi sebab sambil lalu dan banyak pula kerjanya takla pula nak menulis disini. Tapi semalam rasa nak marah sangat sebab tak sepatutnya seorang yang ada 'Dr', yang berpelajaran menyamakan isteri sebagai pelacur. Lalu, perkataan pertama yang keluar adalah BODOHNYA dia. Allah kurniakan akal untuk berfikir tapi tak guna. Allah jadikan Al-Quran sebagai panduan tak mau guna, sebaliknya guna logik akal sendiri. Macam mana dia tahu agaknya layanan pelacur kelas pertama tu? Pengalaman sendiri ke apa? Haii...inilah jadinya kalau agama ditolak ke tepi, logik akal yang diikuti. Ilmu yang ada tak mampu dijadikan panduan. Hancur.. Aku setuju sungguh dengan komen Suhana Shahril dalam blog Tertunailah Hasrat dihati yang menurutnya

"kalau dah disamakan istri dgn pelacur maknanya---istri kawin satu tapi boleh layan byk lelaki selain suaminya...camtulah yg ana faham perumpamaannya "


hmm....apapun dalam geram dan marah, rasa sedih jugakla sebab yang bercakap adalah wanita. dan aku juga wanita. jadi tak sanggup baca wanita menjatuhkan martabat wanita sendiri.


Khamis, 9 Jun 2011

geram

kalau orang lain suka ja nak letak status di facebook, aku lebih senang menulis disini. lebih banyak boleh ditulis. lagipun aku bukanlah pengguna facebook tegar. jadi, tak kisahlah bagaimana caranya untuk aku berkongsi rasa. kisahnya macam ni, dah berapa dah aku rasa dalam minggu ni perasaan geram yang sangat kat pak jaga yang jaga jalan di tempat kerja aku ni. bukan apa, dia memangla buat kerja dia tapi selalu masa-masa sesak, dia kurang prihatin dengan kekalutan pengguna jalan yang lain atau pekerja-pekerja ditempat aku kerja ni yang mungkin sudah terlewat masuk kerja ataupun memang sengaja datang lambat ke tempat kerja (yang tu aku kurang pastila kan). yang aku geramnya tu, adakah patut dia layan orang yang berhenti di tengah jalan untuk bertanya jalan sedangkan dia sepatutnya mengarahkan orang yang bawa kenderaan tu ke tepi (ruangan berhenti untuk bertanya dan sebagainya dah disediakan pihak organisasi) supaya jalan lancar. orang yang bawa kenderaan tu pun fikirlah jugak, jalan tu tengah ramai kereta (masa puncak) jadi, kalau ya pun tak tahu jalan, berhenti tepi dan bertanya. kalau kat jalan raya faham pula dia nak berhenti kat bahu jalan. apa bezanya disini? dah makin kurang sensitiviti orang sekarang (aku pun mungkin la juga kot pada hal-hal yang aku pun tak tahu...). kalau aku pun sama, orang yang pernah marah aku tu, maafkanlah ya. Heeeee.....

Jumaat, 20 Mei 2011

tersilap pulak

hehe..tadi dok syok-syok nak berkongsi, sekali terilap masuk dalam blog lain. hehe...tak apalah kot sebab masih juga menyentuh tentang nasib bahasa dalam sains dan matematik

Selasa, 10 Mei 2011

lagu ahli fiqir dan lagu lama dan lagu kanak-kanak

aku suka dengar beberapa lagu ahli fiqir sebab bahasa yang digunakan. lagu yang paling suka dan diulang-ulang dengar adalah kalau melayu memang melayu tu. tak tahula kalau memang sebab jiwa ni jiwa bersajak....maksudnya sukakan bahasa-bahasa yang sedap didengar...sebab tula juga kot aku suka sangat dengar lagu-lagu lama yang walaupun mendayu tapi butir katanya jelas. lagu-lagu ni jugakla yang sering aku gunakan untuk menghiburkan dan menghilangkan kantuk suami yang letih memandu setiap kali kami balik kampung....kadang-kadang lagu kanak-kanak pun jadi jugak... lagu semut, ais kacang...hehehe....dia pun suka, aku lagi la suka. lani sedang mencari lagu yang dalam lirik dia ada empat dara tu..tapi tak tahu tajuk...huhu....

 


hohoho...sudahlah. lain hari pulak kongsi lagu lain ya....sementara tu, dengar jala lagu yang ada ni..

Jumaat, 6 Mei 2011

mempromosi diri

memangla kan, kalau nak berbisnes ni kena pandai promosi diri. tadi, sekali lagi aku mempromosikan diri aku sebagai penterjemah kepada seorang pensyarah. entah kenapa dalam hal-hal macam ni aku yakin saja nak bercakap tapi tidak kalau diminta untuk bercakap atau menghadapi temuduga. mulut dan minda aku macam terbantut ja. geram ja dengan diri sendiri setiap kali keluar lepas pergi temuduga. aku rasa hanya kebelakangan ini sahaja keyakinan diri aku meningkat. tambah-tambah selepas bergelar pengajar yang memaksa aku untuk berhadapan dengan puluhan pelajar dan mencurahkan sedikit ilmu yang ada pada aku. mungkin aku lebih tahu sikit daripada pelajar-pelajar tu tapi yang pastinya mereka pasti ada ilmu lain yang aku tak tahu dan tak pandai pun.... hmm...betulla kan, makin banyak kita belajar, makin kita pasti bahawa ilmu yang ada dalam diri kita ni sikit sangat. ramai lagi kat luar sana yang lebih pandai dari kita.

hari ke empat

walaupun selalu datang merapu kat sini tapi bila dah tukar status dari pengunjung ke pekerja aku jadi macam kaku pulak. rasa macam serba tak kena pun ada. dah tanya kerja apa yang boleh dibantu pun tak ada yang mahu memberi. jadinya aku buatla kerja sendiri. huhu....aku kekaburan

Rabu, 4 Mei 2011

maaf

hanya kata maaf 
yang mampu aku ucapkan 
di atas ketidakmampuan aku 
untuk menghulurkan bantuan
di saat kau memerlukan
maaf juga aku ucapkan
pada mereka yang pernah 
aku lakukan kesalahan
yang pernah aku sakiti
sengaja atau tidak
hanya itu saja 
yang aku mampu tuturkan buat masa ini
maafkan aku....

dan kemaafan juga 
aku berikan pada mereka 
yang pernah menyakiti
sesungguhnya kemaafan itu
dendam yang terindah 

agaknya

semakan aku belum habis tapi kepala dan dada aku pedih sangat. agaknya dulu-dulu cikgu yang semak kertas aku pun rasa macam ni jugak kot....heee..tiba-tiba terasa lucu sendiri. aku dulu pun belajar sebab nak lulus saja, tu yang dapat pelajar pun lebih kurang kot...cuma mujur saja tak ada pelajar yang tidur dalam kelas macam aku, tiap kali masuk kelas, lima minit pertama saja celik, minit-minit seterusnya kecacingan. mujur saja tak pernah kantoi.

sumber:kidzworld.com
masa sekolah pula, malasnya nak ke sekolah Allah saja yang tahu. orang kata aku berjaya sebab rajin tolong mak ayah di kedai. mungkin la kot sebab setiap minggu hanya 2 atau 3 hari saja ke sekolah, selebihnya masa aku di kedai atau di rumah waktu pagi dan petang di kedai juga. mungkin juga niat untuk masuk universiti kuat, makanya Allah makbulkan niat tu. tapi tula kan, adik kawan aku kata sebab kami ni cuma niat nak masuk universiti tapi tak niat nak kerja, sebab tu susah nak dapat kerja tapi senang masuk U. betulke? takla...sebenarnya semua tu rezeki masing-masing kan....rezeki aku dalam bekerja makan gaji ni agak beratla juga tapi murah juga bagi kerja-kerja 'freelance'.

setiap yang berlaku adalah pengalaman

hari mula bekerja aku belum diberikan apa-apa tugas cuma diperli bos yang lalu belakang tapi aku tak perasan sebab khusyuk sangat periksa kertas. sehari dok ralit tapi dapat semak enam saja kertas.

hari ni juga aku diperkenalkan dengan seorang pelanggan yang meminta aku buatkan jurnal untuk dia. dia pengurus yang sedang menyambung sarjana di sini. hajatnya nak dapatkan dua jurnal daripada tesisnya tapi tesisnya belum ditulis. mujur juga aku pernah dapat kerja menulis sebelum ni. boleh jugala kata aku ni penulis hantu. hehe...maka, pengalamanlah yang mengajar aku bagaimana nak menghadapi pelanggan aku yang seorang ni. alhamdulillah....semua berjalan lancar. semoga aku dapat melaksanakan amanah ni dengan baik. amin....

hari ni aku masih menanti tugas yang bakal di beri dan sementara menanti tugasan, aku teruskan dengan semakan kertas peperiksaan.

o ya, kerja semakan yang satu lagi tu makin berkembang. alhamdulillah...semoga diberkati rezeki-rezekiku.

Selasa, 3 Mei 2011

majlis ilmu

lama juga aku tidak menghadirkan diri ke majlis ilmu. dulu (lama dulula..) rajin juga setiap petang melangkah ke MSI untuk mendengar tazkirah dan mendapatkan ilmu baru. sekarang, banyak sungguh laghanya. o ya, semalam kami (aku dan suami) ke PG untuk menyertai majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Kazim. Ustaz ni memang aku suka sungguh dengar isi ceramah dia. sentiasa ja aku downloadkan ceramah-ceramah dia dari sini. Nak dijadikan cerita, ada pula kumpulan nasyid yang aku suka (In Team), waahhhh...memang seronok sangatla aku. Rezeki untuk tengok ustaz dan group tu secara langsung dari dekat pula. harap-harap dapat lagi peluang macam ni. Amin...


OOOOO...hari ni hari pertama aku bertugas sebagai pembantu penyelidik di UTM setelah hampir dua tahun aku bekerja sendiri. Kalau nak ikutkan hati, memangla seronok bekerja sendiri tapi buat masa sekarang aku tak boleh pentingkan diri. Ada yang menggantung harapan pada aku. Insyaallah, akan aku cuba bekerja seikhlas mungkin supaya rezeki yang aku dapat ni lebih berkat dan dapat membahagiakan mereka. Amin...
pelabur (semangat dan ...)

penyebab untuk terus gigih bekerja dan berusaha

Rabu, 27 April 2011

april

salam..

dah nak habis april sah baru nerkesempatan menulis lagi. sibuk sangat ke sampai tak ada kesempatan tu? takla...bukan sibuk...menyibukkan diri saja.tambahan pula, idea menulis mmang tengah tak ada. kalau penulis boleh la juga kata 'writer's block' tak? hehe..perasan sungguh aku. apa aku nak cerita?

aku namakan entri kali ni april sebab bulan ni bulan april, lagi dua hari nak habis bulan dan masuk bulan baru (semua orang pun sudah maklum). sealin tu, ni ha..bacala kenapa kat bawah ni;

1. bulan ni ada 'orang tu' dapat bonus dan kenaikan gaji. alhamdulillah...walaupun tak banyak tapi cukupla untuk kami berdua dan kedua orang tuanya

2. bonus tu digunakan buat beli mesin jahit berkuasa tinggi kat aku....hehe...tercapai juga impian aku nak mesin tu. haii...lepas ni mmg kenala buatkan seluar utk dia selalu. bolehla menjahit tanpa henti juga.

3. urusan rumah baru juga dah hampir selesai. tunggu kunci saja belum dapat. dah dapat kunci pun kena juga apakan rumah tu dulu sebelum masuk, cat, jeriji dan dapur. suka juga sebab dalam bab rumah ni kami sepakat sungguh dengan rekabentuk yang bakal dibuat. boleh ke ha? boleh....insyaallah....huhu..suka sangat. tak sabar pun ada. mmm...senarai projek jahitan untuk barang-barang rumah baru pun dah lama aku senaraikan. kalau boleh semua nak buat sendiri. yala...dah ada kemudahan kan? kenapa nak membazir upah sini sana. lainla memang tak pandai dan tak ada masa.

hai melalut pulak aku.

o, pagi tadi, banyak sungguh urusan aku. awal lagi dah keluar dengan 'si monyet'. pergi takaful perbaharu cukai jalan (insurans sekali la...itu pun nak tanya). ke kedai mesin jahit, minta dihantarkan dan ke klinik rawat si monyet. huhu..kesian sungguh dia. tak berdaya sangat dari semalam. aku pun salah juga sebab tak faham. huhu...maafkan aku monyet..aku sayang kamu.

Khamis, 17 Mac 2011

tafakur seorang hamba

semalam menggugel-gugel sambil membaca blog saifulislam, terjumpalah lagu ni. sedap juga lirik dia. maka carila lagunya. dah jumpa tu, dengar. tapi kali pertama dengar tak mendapat perhatian telinga. dengar lagi. hmm...sedap. tengoklah lirik dia kat bawah ni. selalunya kalau terjumpa orang alim yang pandai berbahasa ni, mesti hati ni terdetik, itula kan, bila hati kita lurus, bahasa juga indah dan sedap didengar hingga mampu mencairkan hati seseorang yang tertidur akibat kelalaian diri sendiri.


Di antara kedinginan pagi
Aku tafakur menyepikan diri
Memikirkan hari
Yang saban waktu meninggalkan pergi
Kucuba untuk membukakan mata
Bagi melihat keindahan dunia
Namun ku kecewa
Yang ada hanya fatamorgana

Baru ku terjaga dari mimpi tidurku yang lena
Sepanjang usia hanya tergadai percuma
Kehidupan dunia mengejar pangkat kemewahan harta
Tanpa pernah bertanya di manakah sudahnya

Di antara kegelapan malam
Aku merenung purnama yang suram
Menghitung semalam
Dosa dan noda penuh mencengkam

Kucuba untuk melelapkan mata
Bagi melupakan derita dunia
Namun kukecewa
Kerana diri diburu oleh dosa
Kini kusedari hari esok yang sedang menanti
Menginsafkan diri menjadi mukmin sejati
Pada Tuhan yang Esa ku merayu di atas sifat hamba
Bimbinglah aku ke syurga sebagai mukmin berjaya 


Selasa, 15 Mac 2011

???

haa...nampak tak tanda soal yang besar warna kuning tu? kalau tak nampak tak taula kan... mm...sebenarnya aku tengah mengalami satu kecelaruan minda yang hampir kritikal. sebab tu la letak kuning...macam lampu isyarat. kuning sebelum berhenti, maknanya samada kita pecut atau bersedia untuk berhenti atau ada jugak yang kecut tu, berhenti ja terus, kan? cuma dalam kes ni, aku takla bermaksud nak pecut atau apa, cuma saja la kan, kalau merah tu slalu orang samakan dengan bahaya. kecualilah bahan radioaktif yang ada simbol bulat kuning tiga tu... haii..meraban saja. apala aku nak tulis sebenarnya adalah, sekarang aku sangat memerlukan bantuan kawan-kawan dan orang terdekat yang kenal dan tahu aku. bantuan dari segi apa? DOA sajala...bukan bantuan duit pun...cukuplah sekadar mendoakan aku. doakanlah ya, agar aku sentiasa di bawah lindunganNya, sentiasa tenang jiwa dan raga, dimudahkan segala urusan dan murah rezki. amin....sama-samala ya.

kala ni,kehadiran manusia kecil tu sangat diharapkan. sesekali redha tu berubah jadi pasrah. bila agaknya diri ini benar-benar mampu untuk berlapang dada dalam menghadapi dugaan yang sekecil ini yang kalau nak dibandingkan dengan sesetengah kawan-kawan yang lain, ternyata aku sepatutnya bersyukur dengan anugerahNya yang lain. Allah, maafkanlah hambaMu ini yang sering menzalimi diriku sendiri...

Selasa, 1 Mac 2011

merajuk

semalam aku mendapat mesej daripada seorang kawan yang bertanyakan tentang kehilangan diri. dah lama aku menyepi. lama juga aku tak berkunjung ke sana. katanya lagi, ada kawan yang kata aku merajuk. betulkah itu? hahaha, ketawa saja aku dengan mesejnya. hahaha juga aku membalas. ya benar, rajukku sukar nak sembuh walau aku tidaklah menyimpan dendam. aku dah maafkan orang yang menyebabkan aku merajuk cuma aku tak mampu nak menjejakkan kaki ke tempat itu lagi. sebolehnya kau elakkan dari bertembung dengannya. sebolehnya aku elakkan dari bercakap atau mendengar namanya. aku benar-benar makan hati. aku betul-betul mahu jauhkan diri. maafkan aku kawan, belum masanya kita berjumpa. tunggulah rajukku reda, insyallah, tidaklah lama, cuma ianya memerlukan masa.

fitrah

dah mac la pulak

hai...ingat bolehla kemaskini blog ni hari-hari atau sekurang-kurangnya selalu. tapi...sindrom M dan penyakit sukar nak mulakan ayat dan sesuatu yang baru merencatkan usaha aku. entahla bila nak berjaya. kalau peraturan sendiri pun susah nak jayakan. bukannya banyak, ada 8 saja peraturan baharu. hai diri diri, kuatlah menundukkan nafsu ya. kata ustaz, roh perlu dilatih. dan untuk melatih, sekurang-kurangnya 21 hari buat perkara tu. nak sampai 21 hari tu yang masalahnya. dengan iman yang lemah, diri yang juga serba kekurangan, menyebabkan misi yang dirancang selalu tergendala. atau aku yang beralasan?

Khamis, 27 Januari 2011

pengalaman... ngheee...

patutnya dah lama aku start ngajar tapi tak sedia...gemuruh tu tak mau lepaskan aku. ke aku yang masih tak sedar diri, aku pun tak pasti. nyatanya isnin baru ni aku dah start mengajar. kuliah yang sepatutnya dua jam jadi setengah jam saja sebab aku betul-betul rasa macam syok sendiri kat depan tu. tahula budak tahun satu...tapi dah semester dua...haii...penat rasa fikirkan anak-anak zaman sekarang. kekadang terfikir juga, agaknya, nila balasan sebab dulu pun tak bagi perhatian kalau kelas yang bosan sikit...setengah jam mula ja segar, tu pun kalau yang setengah jam, kekadang, dalam sepuluh minit pertama saja dapat tumpukan perhatian, selebihnya, aku buat taik mata. lani, terimalah. sama saja macam aku dulu. hmm...cuma bezanya aku dulu nak keluar ke, apa ke, bagitahu, at leasst angkat tangan supaya tak la tetiba saja tengok budak bangun dan tinggalkan kelas. haish...susah nak tegur tapi kena jugala tegur. nanti terus ditinggalnya kelas aku semua orang.

mula nak ngajar tu, buat-buatla soalan konon budak menjawab. hampeh, memasing pandang hang aku saja. last-last aku juga yang jawabkan...esok, kena paksa depa. kalau tak, potong markah. rasanya tak salah guna kuasa kan? salah satu cara juga tak? dah syok ngajar, tak taula kalau syok sendiri. tak kisahla kan, pelan-pelan hilangla kot gemuruh aku ni. ceh...memula tengok pointer dia mcam boleh kontrol powerpoint dari jauh. ceh, sekali lagi hampeh. tak boleh pun.....makanya terpaksala aku berulang alik ke papan putih dan meja komputer...kalau tak, nak explain tanpa melukis ni susah juga. haish....lagi satu, aku dah standbyla masa-masa hiburan untuk budak-budak tu dengan video-video berkaitan, tapi....huuuu...sekali lagi, frust....fakulti saja sains komputer, tapi video tak boleh nak dibuka sebab memang dia tak letakkan perisian yang membolehkan video dimainkan kecuali flash. dahla aku pun jahil dalam bab-bab komputer ni. kalau aku mahir, bolehla juga kodek sini sana bagi boleh juga mainkan video. haish...dah satu lagi medium pengajaran (betul ke medium?) aku terpaksa diabaikan....jadinya tinggal guna powerpoint sajala tanpa animasi yang dapat memudahkan pemahaman. camana? sabar sajala..


harap kuliah esok berjalan lancar. harap sangat kuliah dapat jadi macam kuliah cikgu yang gambar kecil kat sebelah ni. dia antara pengajar favourite aku. aku rasa, kuliah atau kelas dia seronok sangat. ...dapat ilmu macam-macam. terima kasih cikgu....klah, nak sambung studi pulak ni...esok tak tau pulak nak ajar apa. babai....

Selasa, 25 Januari 2011

kala sunyi


Seringkali
gelisah dan kesunyian
membuahkan hasil nukilan hati
yang aku sendiri tidak mengerti.
Masa itu, aku mampu bermain kata.
Aku mampu bermadah pujangga.
Aku mampu melakukan segalanya

perasaan


Seksanya rasa bila setiap kali mengalami perasaan ini.
Tak tahu kepada siapa untuk aku mengadu kecuali padaMu
Aku sangat memerlukan bantuan daripadaNya
Agar aku dapat melepaskan diri daripada semua ini

Seksa lagi andai hanya aku yang merasakannya
Sedangkan orang lain tidak langsung sedar akan kewujudannya
Semuanya sangat mencabar diri
Semuanya sangat mendera hati

Andainya aku mampu
Pasti aku tidak terbelengu
Dengan perasaan yang mengganggu
Sangat mengganggu
Sangat haru

Tidak mahu aku bertanya mengapa
Tidak mahu aku sepeti mempertikaikanNya
Aku hanyalah hamba
Sedang Dia Yang Maha Berkuasa

Salah akulah perasaan ini hadir
Kerana lemahnya iman
Kerana kurangnya amalan

Aku tidak mahu mengendahkannya
Meskipun ia mendera
Kerana aku pasti, aku mampu menganganinya
Kerana aku juga pasti pada janjiNya