Khamis, 16 Ogos 2012

Ramadhan ini

Ramadhan kali ni benar-benar mengikat kasih antara kami. Mungkin kerana 'air tangan' dan mungkin juga disebabkan apa yang dibuat. Apapun, syukur alhamdulillah...Ramadhan kali ni aku berjaya harungi seperti yang sepatutnya. Sepatutnya? Yala..yang sepatutnya aku dan dia buat lama dulu...dan aku harap agar dapat keluar dari Ramadhan ini sebagai orang baru yang telah lulus dalam kursus atau latihan selama sebulan.

Rabu, 15 Ogos 2012

rindu

Tempoh enam bulan yang Allah kurniakan pada aku untuk bersamanya sangat aku syukuri. Meski dia banyak menyakiti namun kasih di hati masih menggunung untuknya. Dia bukanlah siapa-siapa, tapi dia yang pertama. Dari dia lahir, rasa sayang pada dia membesar bersama membesarnya dia. Sayang, kosongnya jiwa dia menyasarkan jalan lurusnya. Kosongnya jiwa dia membawa dia ke lembah derita. Namun, aku masih belum berputus asa. Kerana sayang yang masih ada ni, aku masukkan dia ke situ, supaya hatinya tidak kosong lagi. Dia yang ku anggap anak, semoga kembali sebagai muslimah yang sejati. Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku pada dia di sana. Lindungilah dia, lunakkanlah hatinya dan penuhilah ingatannya dengan ingatan kepadaMu. Amin..


sahur

Masuk hari ni dah dua hari kami tak bersahur. Hee..minta maafla abang ya, isterimu ni mengantuk sangat, tak sedar bunyi jam yang dikunci. Kalau semalam rasanya boleh lagila dimaafkan kot sebab aku menjahit sampai pagi, pulun saat-saat akhir nak siapkan baju raya aku dan dia, baju mak belum potong lagi. Huhu....mesti dia dok tunggu kat sana nak pakai baju yang dah lama dia minta tu...bukan tak mau buat mak, tapi malas sungguh nak ngadap kain dan potong baju kat tengah rumah tu.. satgi aku mula menjahit, aku lupa dunia dah..habih ruang tamu tu jadi port aku. berselerak sampai encik suami baring, bangun penuh benang kat badan. Heee.....sebab tu tunggu masuk rumah baru..sekurang-kurangnya ada bilik menjahit untuk aku. nak semak pun kat dalam bilik tu saja. Alasan... alasan ja kan? Kalau dah malas tu, memang APTB laaa...





Selasa, 14 Ogos 2012

ku serahkan cinta ini

telah kuserahkan cinta ini
hanya pada dia yang berhak
yang hadir lewat istikharah
yang hadir sebagai anugerah dari Allah

dia yang kucintai
bukanlah seperti Saidina Ali
jauh sekali semaksum Nabi
tapi dia tetap kucintai sepenuh hati

terima kasih suami
hadirmu adalah anugerah
melengkapi perjalanan menuju Ilahi


Selamat hari raya in advance

Harap tak terlalu awal aku nak ucap selamat hari raya ni. Dah tinggal tak sampai seminggu pun lagi kan? Mmmm...aku harap posa tahun ni menjadi titik pemula untuk aku jadi lebih baik. Kata Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, 'kalau bukan Rmadhan ni, bila lagi?'.

Alhamdulillah...Ramadhan kali ni aku tak seculas Ramadhan lepas kecuali beberapa hari yang betul-betul aku tak laratla. hish, teruk kan? Macam mana nak rasa nikmat dan nak berjaya ni? Yang sikit ni pon tak mampu... hee...

Ramadhan kali ni juga kami berjaya untuk tak makan luar kecuali dua kali tu saja sebab tekak encik suami nak makan murtabak. Aku? Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa laksa yang kena dengan tekak. heee...laksa buat sendiri tu dapat jugala senyuman dan pujian encik suami. Terima kasih, abang.

Seminggu pertama puasa, mak dan ayah aku di sini, jadi takla terkejar-kejar sangat masa nak balik memasak tapi bila diorang dah balik...huhuu....kena buat sendirila semua. Nak buat sendiri tu tak da masalah, cuma bila tinggal berdua ni, sunyi la rasa.

Tahun ni aku tak terima dan tak nak amik tempahan. Sebabnya, tahun ni rasa nak rilek, cuma minggu ni la sibuk juga nak siapkan baju sendiri, encik suami dan mak. hehe...tula kan, suka sangat nak amik minit-minit terakhir.

Sebenarnya menulis ni nak cerita, tadi baru saja beberapa minit tadi aku dapat emel dari pelanggan aku. Pujinya melangit. Dalam lawak, kesian pun ada, tapi tak pandaila nak ngajar...nak minta ajar omputih pulak tu. Macamla aku ni terer sangat. Bos lama aku kata teroris adalah. Hee....suka-suki bos aku ja. Tapi takpa aku sayang bos aku yang tu. Apapun, aku bersyukur sangat sebab Allah bagi peluang untuk aku tolong orang. Kembang juga idung ni. Alhamdulillah.....