Khamis, 16 Disember 2010

mampukah aku kembali?

mampukah aku kembali
kepada fitrah diri
yang inginkan kebaikan
inginkan dekat denganNya

mampukah aku kembali
mendapatkan hati yang suci
agar dapat aku nikmati
anugerah dari Ilahi
dengan sepenuh hati

aku mampu kembali
kerana Allah sentiasa mengetahui
apa yang ada di hati

emosi

sekarang aku sangat beremosi. sangat terganggu dan serabut. dalam keadaan diri yang sebegini aku mudah tersasar. yang menjadi mangsa adalah empat kecik dan satu besar yang ada dalam rumah. telah aku cuba mengawal diri sekuat mungkin tapi aku terikut juga. lemahnya iman ni. maka, ketawalah syaitan-syaitan tu...bisikannya telah aku turuti. macam mana ni? ingat dapatla berhijrah sempena tahun baru ni. mm...mungkinkah kepergianku dirindui atau kepulanganku dinanti? hanya Allah yang tahu.

Rabu, 15 Disember 2010

andai aku kura-kura

andai aku kura-kura,
aku tidak mahu keluarkan kepala
biar aku tidak nampak apa
biar orang juga tidak nampakmuka aku
aku malu aku kurang peka dengan alam
aku malu aku kurang perhatian pada dia
aku juga malu 
kerana selama ini aku tidak pernah tahu itu
tidak pernah nampak sedangkan kepalaku sudah kupanjangkan ke luar

ahhh
berserabutnya fikiranku
semua serba tidak kena
semua serba kalut
seperti racun
semua tu perlahan-lahan membunuh jiwa ini
perasaan ini seperti akan mati
mati bersama anggapan-anggapan mereka
mati bersama kepercayaan dan doa mereka
langkahku semakin lambat
semakin tersekat
dan semakin berat

kenape mereka tidak pernah mahu melihat ke dalam?
dan kenapa mereka juga tidak pernah mahu faham?
kura-kura ini mukanya selalu saja dikeluarkan untuk mereka

kini, kura-kura ini kelelahan
kura-kura ini kepenatan 
kura-kura ini juga sudah tidak mampu mengeluarkan kepalanya 
kerana kura-kura ini percaya
semua ini adalah kerana mereka
semua yang dia buat untuk mereka
mungkin itu sebabnya
ya mungkin 'kerana mereka' itulah penghalangnya
kura-kura ini terseksa
ditegur Allah sedemikian rupa hingga tak berdaya memanggung kepala
mungkin 'kerana mereka' jugalah
Allah yang Maha Mengasihani kura-kura kerdil ini 
memberikan kura-kura ini pengajaran sedemikian
agar kura-kura ini tidak lagi melakukan sesuatu itu 
hanya "kerana mereka"
tapi sebaliknya
HANYA KERANA ALLAH SWT

Ya Allah, 
ampuni aku
hambaMu yang lemah ini
ampuni aku yang banyak berdosa ini
kura-kura kerdil yang hanya berjalan dimuka bumi ini
sekadar dengan tujuan mencari keredhaanMu
namun tanpa sedar telah mencipta kemurkaanMu
ampunilah kura-kura kerdil ini Ya Allah
ampunilah
berikanlah aku kekuatan iman dan kesabaran 
agar aku mampu menghadapi semua ujian yang Kau berikan 
dan agaraku,
kura-kura kerdil ini,
mampu mengeluarkan kepalanya semula 
untuk melihat indahnya alam dan seluruh isinya

sukarnya menjadi sempurna

rupanya selama ini aku perasan sendiri
ingatkan diri susah sempurna 
atau sudah memberikan yang sesempurna mungkin. 
namun, Allah Maha mengetahui, 
betapa diri ini sangat lemah.
terlalu banyak kekurangan.
terlalu banyak lubang-lubang yang perlu ditampal.

Ya Allah, sukarnya menjadi sempurna
dengan iman yang senipis bawang ini

Selasa, 23 November 2010

Bibliobibuli

kali pertama membacanya dalam buku 'Do You Wear Suspender?'. Bagus sangat buku tu dalam menambah vocabulary dan membetulkan yang selama ni dianggap betul.

o ya, apa maknanya bibliobibuli ni? maknanya adalah seorang yang sangat suka membaca. tajuk ni telah aku jadikan tajuk utama bagi pembentangan suamiku untuk pembentangan tentang 'self interest'  dalam kursus pembentangannya beberapa bulan dulu. Alhamdulillah....syukur, slide yang aku sediakan tu mendapat pujian cuma pembentang tu...aku tak tahula macam mana. hee..maaf ya bang. Sayang tahu, suami sayang ni hebat..heee...

Duit- takkan pernah cukup

Rasanya semua orang setuju dengan kenyataan di atas. Banyak manapun ia takkan pernah cukup. Kalau banyak, banyak pula senarai yang ingin dibeli, kalau sedikit pun masih ada yang nak dibeli. Tapi,kalau duit tu berkat, sikit pun boleh dapat banyak kot...atau bolehla kata, kalau duit tu berkat, maka kita akan sentiasa cukup. Alhamdulillah...setakat ni, duit tu tidak pernah putus walau tak banyak juga dalam simpanan.

huhu...gambar ni amik kat mana tah. tapi bukan gambar sendirila...cuba aku ada duit banyak, lebih banyak dr ni..dah pernah rasa dah dapat duit banyak tapi habis cepat juga,  bayar itu, bayar ini, yang tertunggak-tunggak tu, ini itu itu ini..hee...camana?

Sedih....

Ya Allah....
Mampukah kesedihan ini ditangani? Insyaallah..yakinlah, la Tahzan, Innallah hama'ana (Allah bersama-sama kita).


Mak, ayah,
Anak-anakmu ini sentiasa mengingatimu, sentiasa juga ingin bersama kalian namun anakmu ini tidak mampu..hanya mampu untuk mengirinkan doa dan suara tapi belum mampu menhadirkan jasad.

Mak, ayah,
mengertilah, anakmu ini sangat menyayangi dan tidak pernah melupakan  mak dan ayah. Apatah lagi untuk ingkar dan derhaka. Janganlah menghukum kami  sebegini hanya kerana prasangka-prasangka dan keinginan-keinginan yang tidak mampu kami tunaikan...bantulah kami...kami amat memerlukan doa mak dan ayah. Doakanlah kami, agar kami senang, tenang dan menjadi anak-anak yang mampu menunaikan segala yang dihajati dengan izinNya. Doakanlah kami agar kami sentiasa menjadi orang-orang yang berjaya. di dunia, dan akhirat.

Ya Allah, lembutkanlah hati-hati mereka, lunakkanlah, agar mereka sentiasa bersangka baik dengan kami. Agar mereka sentiasa mendoakan kami. Amin...

Jumaat, 12 November 2010

kucing oh kucing

baru ja beberapa hari lepas aku menulis menyatakan kegembiraan mempunyai kucing. hee...sehari selepasnya hidung aku digigitnya. habis berdarah-darah. huuu...sampainya hati....cuma apa yang aku terkilan sehingga hari ini adalah diriku sendiri. selalu kalau terlalu terkejut ada saja tindakan spontan yang akan berlaku. hari tu kerana telalu terkejut, cepat sungguh tangan aku 'pok pok pok' kepala  dia. huu...aku tak dapat mengawal diri.mangsanya kucing tu. merajuk dia pada aku hingga ke hari ni. sedih jugala sebab tak dapat nak menggembiakan dia. sekadar dapat sediakan tempat tinggal dan makanan saja untuk dia dan anak-anaknya. tapi tak dapat nak bermanja dengan dia. hmm...entah bilalah dapat bermanja lagi.

lagi satu, perut dia macam ada lagi yang tinggal ja. sebabnya tak kempis-kempis pun perut lepas beranak. kalau ikut pakcupet, mungkin ada dan kena bawa ke vet baru tahu. huuu...sekarang ni kurang bajetla...klem ngajar pun belum hantar lagi sebab nak habiskan exam senang sikit nak klem. dua bulan terus campur dengan elaun sediakan kertas soalan, periksa jawapan dan jaga exam. jadi, mungkin la lepas tu kot... kalau tengok dia tu, kesian...nampak aku ja lari. kekadang sangat ja dia apakan aku. waa...

Isnin, 8 November 2010

kucing

tiga hari yang lepas, aku dan suami menjadi 'nenek' dan 'atuk' kucing. hehe...empat ekor kucing yang selamat dilahirkan mak kucing tu. hmmm...sukanya aku tak terkira. semalam, makanan dia habis, tapi dah beli yang baru. semalam juga mak kucing tu asyik nak dibelai. dia mula mencium bila disuakan muka. sukanya aku....comel sangat. bila tengok dia rasa satu perasaan sayang yang tak tahu nak cakap macam mana. sebelum ni, aku bukanlah seorang pencinta kucing. sekadar memberi makan bila kucing datang kat tepi tingkap  dapur. lama-kelamaan, aku sentiasa sediakan makanan untuk kucing yang seekor ni. entah bila timbul sayang dan rasa nak bela, jadi, bila nampak dia dah sarat sangat, kami sediakan dia bakul untuk berehat, tapi dia masih datang dan pergi. hinggalah dia mula sibuk mencari tempat untuk beranak...agaknya lah..xda pengalaman pun, cari serba sedikit kat internet, daptlah maklumat kata kucing ni suka beranak kat tempat gelap. jadi kami letakkan bakul tu bawah katil bilik tengah.

jumaat lepas, dia asyik tidur, aku takut sangat kalau-kalau dia dah nak mati ke apa ke, hari tu tak ada makanan, asyik bagi dia makan jemput-jemput ja..(hee...makan juga dia. lapar sama kot).. jadi, malam tu, aku ajaklah suami pergi kedai carikan makanan dia, masa masuk nak bg makanan tu, ingatkan dia berak, sebab busuk sangat, aku pun nak marahla. aku tarik bakul dia. terkejut aku, tengok ada ketulan berkilat macam pisang (bilik gelap, malas nak buka lampu). tetiba teringat, tah-tah dia dah beranak, keluarla aku bagitau suami...hee...malam tu, tak senang duduk suami aku, kejap-kejap menjengah bilik, kejap-kejap menjengah..hai...sampaila hari ni, kucing tu lebih manja dengan suamiku daripada aku. sebabnya, aku suka bising dan agak kasar dengan dia (kata suami akula, aku rasa dah habis baik dah aku jaga dia). hee... tak kisahla, janji aku dah berjaya buat kucing tu beranak kat umah...dapat juga kawan berbual kala suami aku pi kerja siang hari.

terima kasih abang, benarkan sayang bela kucing tu

mak kucing

anak-anak dia

Ahad, 7 November 2010

Pembuka bicara

Dah lama blog ni didaftarkan tapi belum ada kata-kata yang perlu dicoretkan di sini. terlalu banyak yang ingin diceritakan. terlalu banyak yang ingin dikongsi namun, masa yang tidak mengizinkan dan idea yang ketandusan, membantutkan segalanya. Seronok membaca blog-blog orang lain yang penuh dengan informasi dan cerita-cerita diri yang dikongsi. aku? Masih tercari-cari apakah topik yang patut aku tulis sebagai pembuka bicara. kali ini aku ingin menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya kalau boleh. Sebelum ini, aku terlalu kagum dengan mereka yang pandai bertutur dan lancar berBahasa Inggeris. Tapi, seseorang yang guru bernama  Puan Juneta Zawawi benar-benar telah membuka minda ini tentang peri pentingnya Bahasa Melayu kepada kita bahkan kepada generasi akan datang. Tak salah berbahasa Inggeris, cuma, janganlah kita lupa pada akar umbi kita sendiri. Cukuplah sampai di sini coretan kali ni. Nak sambung kerja pula. Sebelum tu, terima kasih Puan Juneta, tunjuk ajar Cikgu sentiasa di hati. Inilah gambar cikgu Juneta.