Sabtu, 25 Oktober 2014

Rasa Yang Pelbagai

Bahagia
kerana punya seorang suami
yang sentiasa ada bila diperlukan
menyokong setiap keputusan yang betul
menegur, menasihati masa terleka
menyayangi dan mencintai dengan sepenuh hati
dan bersama-sama mencari keredhaan Ilahi

Gembira
dengan 'kepulangan' seorang sahabat yang agak lama 'menghilang'
kembalinya mengutip semangat yang bertaburan
kembalinya dengan harapan
dan kembalinya sebagai seorang pejuang

Sedih
kerana masih ada yang belum mampu aku bantu
meminggir kerana salah faham
terpinggir kekurangan
kerana tak mahu dibantu

Mengharap
untuk bergelar seorang ibu
untuk berjaya dengan cemerlang dan tepat masa
untuk menjadi wanita solehah

Kuat
kerana aku punya Allah
yang aku yakin
akan membantu setiap usaha yang murni dan ikhlas
mendengar setiap doa yang dipohon
dan mengabulkan permohonan-permohonan itu
agar hambanya ini
berjaya
di dunia dan akhirat
sebagai hamba, anak dan isteri
dan mungkin ibu?




SYUKUR

Alhamdulillah, sempena Maal Hijrah ni, diharap semangat yang kental ni tak luntur dimakan waktu.

Hari ni sangat bersemangat. Dengan ditemani suami, kami bersama-sama ke UTM untuk belajar dan siapkan tugasan masing-masing. Perpustakaan tutup tapi digagahkan juga mencari tempat dalam UTM, akhirnya dibawa ke Anjung Kimia, Fakulti Sains. Lega...cukup fasiliti di sini. Ada kipas, internet, ruang yang terbuka, dan yang paling penting, tak bising. Sangat berterima kasih kepada suami kerana sentiasa mendorong dan menyokong. Semoga dikekalkan kami dengan momentum ini. Aamiin.