Khamis, 21 November 2013

???

Dalam tak sampai dua minggu banyak perkara yang berlaku. Sedih tu memang sebab perkara tu masih boleh dielakkan. Cuma perlukan sedikit kesabaran dan ketepikan ego. Malangnya, itu tidak berlaku. Keputusan uang diambil menyakiti semua pihak. Jadi terimalah dengan redha.

Rabu mereka datang. Gembira. Tapi rasa kecewa menutup semua rasa. Lalu terasa dan mungkin ternyata yang aku juga hanya penumpang...sama seperti mereka yang telah pulang....Ya Allah..sempatkanlah aku pulang...aku takut andai mereka pergi dan tak kembali...atau akukah yg akan terlebih dahulu pergi tak kembali? jangan...masih banyak maaf yang perlu diminta dan ada kata maaf yang ditunggu buat memujuk hati yang kecewa

Selasa, 27 Ogos 2013

BERITA HARI INI

Hmmm..lama jugala tak menulis di sini. Sedar-sedar dah tujuh bulan. Hasrat nak menulis tu sentiasa ada cuma masa saja yang tak mengizinkan. Hari ni bukan masa yang mengizinkan cuma perasaan untuk berhenti seketika kerja untuk menulis tu tinggi, jadi aku bagi laluan pada blog ni sekejap. Kalau nak harapkan masa, memang sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti (termasuklah aktiviti ke tandas, makan, tidur, tonton TV dan lain-lain). Hee..banyak pula mukadimahnya.

Hari ni, permulaan harinya baik. Alhamdulillah...semoga diterima permulaan hari aku hari ni. Di tempat kerja, rasa kantuk tu taklah mengganggu macam selalu. Suka sangat. Ceria bersama rakan seperjuangan meski mereka lebih muda, tapi perjuangan yang sama merapatkan kami.

Tadi aku dapat berita gembira, khidmatku masih diperlukan dan akan disambung setahun lagi, cuma aku mohon untuk aku juga menyambung pelajaranku agar penyelidikan yang akan aku buat tidak sia-sia. Insyaallah...semoga Allah permudahkan perjalan aku dan suamiku. Amin..

p/s: nak mengulas cerita lagi...


Khamis, 24 Januari 2013

rindu yang tak pernah surut

Pagi ni aku bangun dengan rasa rindu pada seseorang yang pernah tinggal dengan aku. Pernah aku anggap seperti anakku sendiri. Dan tak pernah sesekali aku menyesal mengambilnya tinggal denganku cuma kesalan yang ada adalah kenapa aku tidak diberitahu dari awal punca masalahnya hingga aku tidak dapat punca dan tidak tahu cara merawatinya. Sayang, aku sangat sayangkan dia dari hari pertama kelahirannya hinggalah ke hari ini, rasa sayang itu tak pernah padam. Ingatan ini sesekali menggebu dengan memori bersamanya.

Ahad, 6 Januari 2013

Bidadari-bidadari syurga






Entri kali ni nak kupas tentang  buku Tere Liye lagi. Lepas buku Daun yang jatuh tidak membenci angin, aku dah terjatuh cinta dengan gaya Tere Liye. hee..Buku ni bawa cerita yang lain sikit. Sebelum baca buku ni, aku tengok jugala komen-komen orang yang pernah baca buku ni. Memang memberangsangkan. Dah difilemkan juga la cerita ni.

Oklah, buku Bidadari-bidadari Syurga ni berkisar tentang seorang perempuan yang dinamakan Laisa. Laisa ni kakak sulung dalam keluarga ni yang punya fizikal yang sangat berbeza daripada empat adik-adiknya; tiga lelaki dan seorang perempuan (bongsu).  Ada kisah disebalik perbezaan ini. Yang nyatanya, Laisa ni sangat tekun, tekal kata cikgu terjemahan aku, Puan Juneta Zawawi. Berlatarbelakangkan kawasan penanaman strawberi di lembah Lahambay, kisah Laisa dihidupkan dengan kesabaran dan pengorbanannya dalam menghadapi dan melayani karenah adik-adiknya yang pelbagai- ada yang nakal dan ada yang terlalu baik dan memahami. Namun, kesemuanya termasuk Laisa digambarkan sebagai anak-anak bijak yang dibesarkan dengan pelajaran dari alam, dibesarkan dengan cerita-cerita dari Mamak tentang Nabi. Cara didikan Mamak mereka ni dipraktikkan pula pada anak-anak mereka.

Keseluruhan cerita ni sangat membakar semangat dan mencuit emosi. Cukup rencahnya. Ada suka, sedih, kelakar dan geram. hee...kalau dengan aku, elemen geram tu mesti ada. Emosi saja kata kawan aku. Hmm...bacala ya, nak ceerita lebih-lebih macam tak patut pula sebab aku pun kalau nak tahu tentang satu-satu buku tu memang tak suka kalau orang cerita lebih-lebih. Biar aku baca sendiri. Lebih masyukkk...hee...dah la. nak keluar pula. Seharian dah ngadap komputer riba ni. Penat mata. Selamat membaca...

daun yang jatuh tidak pernah membenci angin






buku ni dah lama aku habiskan bacaannya tapi tak terulas sebab ke'em'man yang sangat kuat. Sekarang dah mula kerja, pandai pula rajinkan diri. Hee...buku ni buku Tere Liye yang pertama aku baca. Mula cerita agak slow, jadi aku agak mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan penulisan dia, memahami Bahasa Indonesia yang bukanlah bahasa aku, dan cuba mencari di mana sedapnya buku ini. Sehari, dua hari tiga hari, masuk hari keempat aku sudah tidak mampu menolak ke tepi buku ni. Terus aku gagahkan diri membaca hingga akhir. Hasilnya?  Huhu..sedihnya..terkesan sampai ke malam. Hee..sorila encik suami, hati ni lembut sangat.. teremosi pulak. Baca buku ni terasa macam akulah watak utamanya (hee...lainla..dia digambarkan sebagai cantik sangat dan aku biasa-biasa saja tapi comel kata dia. Hee...alhamdulillah..). Hep! sambung balik. Tak sia-sia aku kirim pada Pak Adhi masa dia balik ke kampungnya di Jakarta (kot..).

Cerita dia mudah sangat, kisah dua beradik miskin yang kematian bapa. Tinggal dengan emak, dan mengamen (minta duit sambil menyanyi atau menghibur orang tu)untuk mencari rezeki. Berjumpa dengan seorang pemuda yang akhirnya mengambil mereka berdua untuk tinggal bersamanya apabila emak mereka meninggal. Lelaki yang mereka panggil "malaikat' itu terjatuh cinta pada si kakak dan si kakak juga punya rasa yang sama tapi bila "malaikat' yang mereka panggil 'Kakak' tu mengambil keputusan melawan rasa hati dan terlalu memikirkan "APA ORANG KATA" andai rasa hatinya diteruskan menyebabkan aku terus melekat dengan buku ni. Hmm..kesudahan yang sangat menyakitkan hati. Malas aku nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa sesiapa yang nak membaca, baik jangan tahu kesudahannya dulu (nanti tak emosi..atau aku yang terlebih emosi? hee..). Jadi, belilah. Tak rugi.

rindu

huhu..Rasanya lama gila tak menulis. Harap belum terlewat nak ucap selamat tahun baru. Semoga semua dapatla capai azam tahun lepas dan mulakan tahun ni dengan azam yang baru juga.

Banyak yang berlaku, banyak yang nak diceritakan tapi mengambil keputusan untuk diamkan dan simpan sendiri.  Banyak belajar sambil mendengar nasihat dan kata-kata Prof Muhaya. Terima kasih...banyak jugala kata-katanya yang buat aku sentiasa jadi sedar diri walau sesekali tu tergelincir juga dari landasan tapi jujur aku rasa yang banyak juga pradigma-paradigma yang teranjak dalam ni. Aku tadi terpanggil untuk menulis di sini sebab tiba-tiba ada rasa rindu pada kawan-kawan lama terutama yang suatu ketika sentiasa di sisi dan suatu masa pernah menghuni hati. Melalui FB terubat juga rindu dalam ni, sungguh tak terucap dengan kata-kata dan tak terzahir dengan perbuatan. Cukup rasanya hanya dengan melihat gambar-gambar bahagia mereka kerana bahagia rasanya bila orang yang kita sayang juga bahagia.