Selasa, 27 Mac 2012

lagu zaman

kelakar

Sesekali aku ingin tersenyum malah ketawa mengenangkan mereka..ya,  aku juga mungkin pernah, yang bermanis muka apabila inginkan sesuatu.

Kata Zainal Abidin dalam lagu dia:
manis mulut dibibir
sangatlah merbahaya


Dengarlah ye..hee...

Isnin, 26 Mac 2012

Semua Orang Sayang

saudaraku,
sayangku tidak bertepi
kasihku padamu hanyalah keranaNya
aku tidak mengharapkan apa-apa daripadamu
tapi aku hanya mengharapkanNya
agar sentiasa memberiku kemudahan
untuk dapat selalu memudahkanmu

saudaraku yang kukasihi
percayalah padaku
jangan dijarakkan hubungan ini
kerana tautan hatiku padamu suci
hati ini menyayangimu setulus hati
tiada langsung benci
bukan juga kerana simpati
tapi kerana kasih aku memberi

saudaraku
tegurku kerana kasih
marahku kerana sayang
tiada niat dihati untuk menyakiti
malah aku ingin selalu memberi
jika punya kesempatan

saudaraku
bila diberi hidayah untuk berhijrah
kita akan dituntut kekuatan jiwa, mental dan pengorbanan
kita perlu menghadapi dugaan dan ujian
setiap perbuatan kita akan dikritik
kita akan terasa bersendirian
kita akan terasa dipinggirkan
tapi percayalah
perjuangan yang benar kerana Allah
pasti membuahkan hasil
jangan putus berdoa untuk mereka dan kita

saudaraku
berlemah lembut dan berhemahlah dalam berdakwah
rujuk kembali surah Thaha ayat 43 dan 44
andai Nabi Musa diminta Allah berlemah lembut dengan Firaun
inikan kita dengan mereka
yang kita kenal hati budinya
yang kita faham tingkah lakunya
yang kita mahukan segala yang terbaik  untuk mereka

berdoalah
janganlah putus berdoa
kerana lambat atau cepat Dia pasti makbulkan

Sakit

Cakap pasai sakit ni, kita tak tau bila kita akan sakit walau kadang-kadang ada juga yang sengaja cari sakit. Ayah aku kat kampung dah hampir tiga minggu sakit tak boleh nak angkat tangan. Biras aku pula lagi tenat, tiba-tiba saja sakit, dan sekarang terlantar di hospital dan perlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Aku dah melawat dia cuma ayah aku saja aku belum balik.. Nak balik, memang nak balik tapi apakan daya, ada saja yang menghalang. Harap-harap minggu ni dapat cek dan hujung minggu ni dapat balik. huhu...fahamilah anakmu ya mak dan ayah.....

Rabu, 21 Mac 2012

kisah semalam

pagi
aku kena angin tok ladin

petang

aku sedih....termenangisjuga


malam
angin tok ladin masih ada
aku suka dia gembira
tapi aku tak boleh penuhi semuanya
setiap satu mesti ada batas

kenapa sukar untuk dia mengerti dan memahami
apa yang kami hulurkan adalah kasih sayang
sayang untuk dunia dan juga akhiratnya
apa yang akan kami jawab di sana jika di sini dia masih tak berubah?

Ya Allah, berilah dia hidayah dan taufikMu
kami tak minta apa-apa
cukuplah dengan kejayaan dan perubahan

Selasa, 20 Mac 2012

sebulan S.E.N.Y. A.P & S.T.R.E.S.S

huhu...Sebulan aku senyap. Bukan tak mahu menulis lagi cuma tak tahu nak tulis macam mana. banyak yang berlaku dalam tempoh sebulan ni. Mulanya semua gembira, semua suka dan sama-sama berkongsi rasa. Aku suka, aku dah tak sunyi lagi tapi sekarang, aku kembali sunyi. Aku kembali menyendiri. Tak apa tak ada kawan daripada ada tapi macam tak ada. Sedih ke? Ada la jugak...tipula kalau kata tak rasa apa. Tapi aku tetap aku. Sendiri dalam dunia aku sendiri. Aku malas lagi nak kisahkan hal sekeliling. Aku bantu bila ada yang memerlukan. Aku diam bila tak ada kerja. Heee...Susah mau percaya pada sesiapa lagi. Tapi tula, seselalu tu jugalah aku tertipu dengan janji-janji yang dibuat. Seselalu tu jugalah aku rasa terbodoh sendiri. Terasa seperti diri diketawakan. Terasa seperti diri diperkatakan. Dalam diam, aku siapkan kerja kerja yang dibagi. Dalam diam aku layan diri.

Dua minggu lepas, aku sakit perut, mual dan muntah-muntah. Perut rasa kembung semacam dan ada ketikanya aku tak boleh bangun sebab termuntah kalau bangun. Tertangguh-tangguh, semalam aku gagahkan diri mengajak suami ke klinik. Dr kata aku stress. Asid tolak ke atas tu yang jadi muntah, usus pun dah bengkak. haishh...teruk jugak kalau macam tu. katanya kalau dah habis ubat, masih rasa sakit, pergi klinik dalam dan buat ujian air kencing, darah dan imbas perut. Huhuuu...sesekali memang rasa nak masuk wad lagi. Ada orang jaga, perhatian dapat lebih...tapi aku sayang diri aku. Aku tak mau masuk wad. Aku tak mahu sakit. Aku nak gembira. Aku nak semua gembira. Biar susah macam mana pun, aku nak semua rasa gembira. Dekat dengan Dia. tapi sekarang nampak gaya macam susah. Masing-masing punya fahaman sendiri. Masing-masing nak ikut kepala sendiri. Aku? Aku tersepit. Antara hormat dan patuh, antara sayang dan kasihan, antara aku dan mereka. Tak mahu aku menjadi lilin sebab sekarang dah zaman teknologi. Dah guna letrik, jadi tak perlu terbakar sendiri untuk terangkan orang lain. Tapi aku macam tu jugalah. Nak juga menyibuk hal orang, nak juga amik tahu dan nak juga puaskan hati orang lain. Aku cubala jugak walaupun aku tahu benda paling susah nak buat dan dipenuhi adalah puaskan hati orang lain. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Kenapa tidak mereka? Aku mahu berubah, aku ingin berhijrah dan aku telah pun memulakan langkah. mereka? hanya doa yang mampu aku panjatkan.

Dilema

Antara dua orang yang aku sayangi
seorang perlu aku taati
sorang lagi?
dua-dua perlu aku jaga hati
hati aku?

Dilema bila tersepit begini
Susah hati bila menyakiti
hmm..hampir gila
aku rasa macam orang gila

Allah saja yang mengetahui
betapa diri ini cuba
memenuhi setiap permintaan
betapa diri ini cuba mematuhi setiap arahan
arahan itu jelas dan tak salah
namun rasa kasihan tidak dapatku tahankan
tiada yang mengambil kesempatan
yang ada cuma seseorang
yang sangat memerlukan perhatian

aku?
di mana perhatian terhadapku?
di mana pengertian terhadapku?
di mana kasihan terhadapku?

aku tak mengemis rasa
cukuplah andai aku dapat menabur jasa
serahkan pada Allah 
Allah pasti membalasnya
biar baik biar jahat
yang penting niat
segalanya bermula dari niat