Khamis, 16 Ogos 2012

Ramadhan ini

Ramadhan kali ni benar-benar mengikat kasih antara kami. Mungkin kerana 'air tangan' dan mungkin juga disebabkan apa yang dibuat. Apapun, syukur alhamdulillah...Ramadhan kali ni aku berjaya harungi seperti yang sepatutnya. Sepatutnya? Yala..yang sepatutnya aku dan dia buat lama dulu...dan aku harap agar dapat keluar dari Ramadhan ini sebagai orang baru yang telah lulus dalam kursus atau latihan selama sebulan.

Rabu, 15 Ogos 2012

rindu

Tempoh enam bulan yang Allah kurniakan pada aku untuk bersamanya sangat aku syukuri. Meski dia banyak menyakiti namun kasih di hati masih menggunung untuknya. Dia bukanlah siapa-siapa, tapi dia yang pertama. Dari dia lahir, rasa sayang pada dia membesar bersama membesarnya dia. Sayang, kosongnya jiwa dia menyasarkan jalan lurusnya. Kosongnya jiwa dia membawa dia ke lembah derita. Namun, aku masih belum berputus asa. Kerana sayang yang masih ada ni, aku masukkan dia ke situ, supaya hatinya tidak kosong lagi. Dia yang ku anggap anak, semoga kembali sebagai muslimah yang sejati. Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku pada dia di sana. Lindungilah dia, lunakkanlah hatinya dan penuhilah ingatannya dengan ingatan kepadaMu. Amin..


sahur

Masuk hari ni dah dua hari kami tak bersahur. Hee..minta maafla abang ya, isterimu ni mengantuk sangat, tak sedar bunyi jam yang dikunci. Kalau semalam rasanya boleh lagila dimaafkan kot sebab aku menjahit sampai pagi, pulun saat-saat akhir nak siapkan baju raya aku dan dia, baju mak belum potong lagi. Huhu....mesti dia dok tunggu kat sana nak pakai baju yang dah lama dia minta tu...bukan tak mau buat mak, tapi malas sungguh nak ngadap kain dan potong baju kat tengah rumah tu.. satgi aku mula menjahit, aku lupa dunia dah..habih ruang tamu tu jadi port aku. berselerak sampai encik suami baring, bangun penuh benang kat badan. Heee.....sebab tu tunggu masuk rumah baru..sekurang-kurangnya ada bilik menjahit untuk aku. nak semak pun kat dalam bilik tu saja. Alasan... alasan ja kan? Kalau dah malas tu, memang APTB laaa...





Selasa, 14 Ogos 2012

ku serahkan cinta ini

telah kuserahkan cinta ini
hanya pada dia yang berhak
yang hadir lewat istikharah
yang hadir sebagai anugerah dari Allah

dia yang kucintai
bukanlah seperti Saidina Ali
jauh sekali semaksum Nabi
tapi dia tetap kucintai sepenuh hati

terima kasih suami
hadirmu adalah anugerah
melengkapi perjalanan menuju Ilahi


Selamat hari raya in advance

Harap tak terlalu awal aku nak ucap selamat hari raya ni. Dah tinggal tak sampai seminggu pun lagi kan? Mmmm...aku harap posa tahun ni menjadi titik pemula untuk aku jadi lebih baik. Kata Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, 'kalau bukan Rmadhan ni, bila lagi?'.

Alhamdulillah...Ramadhan kali ni aku tak seculas Ramadhan lepas kecuali beberapa hari yang betul-betul aku tak laratla. hish, teruk kan? Macam mana nak rasa nikmat dan nak berjaya ni? Yang sikit ni pon tak mampu... hee...

Ramadhan kali ni juga kami berjaya untuk tak makan luar kecuali dua kali tu saja sebab tekak encik suami nak makan murtabak. Aku? Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa laksa yang kena dengan tekak. heee...laksa buat sendiri tu dapat jugala senyuman dan pujian encik suami. Terima kasih, abang.

Seminggu pertama puasa, mak dan ayah aku di sini, jadi takla terkejar-kejar sangat masa nak balik memasak tapi bila diorang dah balik...huhuu....kena buat sendirila semua. Nak buat sendiri tu tak da masalah, cuma bila tinggal berdua ni, sunyi la rasa.

Tahun ni aku tak terima dan tak nak amik tempahan. Sebabnya, tahun ni rasa nak rilek, cuma minggu ni la sibuk juga nak siapkan baju sendiri, encik suami dan mak. hehe...tula kan, suka sangat nak amik minit-minit terakhir.

Sebenarnya menulis ni nak cerita, tadi baru saja beberapa minit tadi aku dapat emel dari pelanggan aku. Pujinya melangit. Dalam lawak, kesian pun ada, tapi tak pandaila nak ngajar...nak minta ajar omputih pulak tu. Macamla aku ni terer sangat. Bos lama aku kata teroris adalah. Hee....suka-suki bos aku ja. Tapi takpa aku sayang bos aku yang tu. Apapun, aku bersyukur sangat sebab Allah bagi peluang untuk aku tolong orang. Kembang juga idung ni. Alhamdulillah.....


Isnin, 2 Julai 2012

Macam-macam

Salam...Lamanya tak menjenguk blog ni, apatah lagi nak masukkan entri baru. Hmm...banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni. Banyak-banyak hal tu, banyak juga yang menyebabkan makan hati. Ayam punya atau lembu punya hati tak pa juga, ni hati kita, hati sendiri. Walau cuba dijaga sebaik mungkin, tercalar dan terluka juga. Sendiri cuai ke? Entah.Selalunya kalau macam ni, muhasabah dirinya adalah "ini adalah kifarah dari Allah sebab selalu saja lagha". Huhu...bila la nak betul-betul jadi macam suatu ketika dulu yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Lani tak tenteram ke? Tak la juga cuma sekarang hati sering dibuai nafsu. Sering tertipu dengan bisikan halus yang cuba menjauhkan diri dari yang sepatutnya. Itu yang boleh tercalar-calar dan tergores sendiri tu.


Selasa, 29 Mei 2012

kisah bulan mei

Dah sebulan rasanya tak menulis. Bukan tak mahu menulis di sini, tapi, tak ada kesempatan untuk aku menulis kat sini dek kesibukan menguruskan bengkel yang baru saja berlalu minggu lepas. Yang seronoknya menguruskan bengkel tu adalah belajar benda baru. Belajar proses-proses mempromosi dan mencari peserta dalam masa yang terhad dan dengan kerenah "orang yang minta dibuatkan bengkel" yang seperti tidak tahu polisi dan hanya tahu "kamu kena buat itu dan ini". Dengan kecetekan pengalaman ditambah dengan dibuat pula di tempat orang yang aku sendiri baru pertama kali ke situ, pagi-pagi lagi kami dah kena marah dengan seorang Datuk. Nasib baik Datuk ni ada rupa. Hee...bukanlah terpikat cuma bila pepagi dah marah marah sampai dah tak nampak nama dalam senarai kan dah hilang hensem dan kredibiliti? Hmm...apa pun, lepas makan tengah hari, aku minta maaf pada dia atas kekurangan kami dan dia pun minta maaf juga pada aku sebab marah-marah. betulla kan, kalau tengah marah tu kena rileks rileks dulu sebelum marah. Kan dah melekat kat otak ni pasai dia. Mmm...tapi bila dia pun datang minta maaf sama, rasa kagumla pulak sebab sekejap saja marahnya dan baru sesuai dengan gelaran yang disandang.

Ok, cukup pasal bengkel. Sekarang nak cerita tentang hal keluarga pula. 25 hb Mei lepas adalah ulangtahun ke lima perkahwinan kami. Malangnya tak dapat disambut sebab ada kecemasan yang tiba. Tak apalah, cukuplah ingatan bahawa kami tak pernah lupa pada tarikh ijab kabul yang menghalalkan hubungan ini. Alhamdulillah..diam tak diam, dalam susah dan senang bersama, kami hampir masuk tadika. Hee....cuma sekarang masih menanti apakah masih ada kesempatan untuk kami bergelar ibu dan bapa. Walau apa pun yang terjadi, kami redha.Kami dah tengok ujian adanya anak. Jadi kami redha dengan segala ketetapanNya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Dari bulan 12 tahun lepas dia bersama kami, sekarang kami kembali berdua. Sepanjang bersama kami, kami sudah kasih padanya, namun tindakan-tindakannya juga telah membawa kepada tindakan yang kami ambil sekarang. Kami berharap semoga suatu hari nanti dia akan sedar kenapa tindakan itu diambil dan sedar siapa sebenarnya yang lebih menyayanginya dan apa itu rasa bahagia yang sebenarnya. Ya Allah, permudahkanlah jalannya, semoga dia keluar sebagai anak yang taat dan wanita solehah. Amin...

Jumaat, 27 April 2012

tentang hati lagi

Semalam aku dah cakap tentang hati. Hari ni rasa nak cakap tentang hati lagi. Kenapa? Sunyi ka? Tak kot....dah banyak kasih sayang yang aku dapat selama ni. Aku sangat bersyukur. Kalau semalam aku katakan aku tahu kelemahan hati aku. Semalam juga tiba-tiba saja aku termimpikan seseorang. Bukan cinta hatiku cuma orang yang pernah aku kenal suatu ketika dulu. Dia hadir dalam mimpi tapi aku tak ingat dia pun. He...pernah dengar orang kata kalau kita mimpikan seseorang tu, maknanya dia rindukan kita. Ye ke? Ke...aku yang lebih-lebih dok ingat kat dia? Tak mungkin..dengan tuntutan tugas yang menimbun, dan tuntutan kerja sambilan yang hampir tamat tempoh ni, aku tak sempat nak fikirkan sesiapa. Aku cuma fikirkan mereka yang terdekat dengan aku saja: cinta hatila, sapa lagi... selain tu....dak piah, mak dengan ayah sudah semestinyala, hee...tak apala, nak perasan jugala kata dia dok rindu aku. dia siapa?  Dia la....hee....gatal. Kalau penyakit gatal macam ni ada ubat, mesti ramai yang akan mendapatkannya kan?

Khamis, 26 April 2012

topik apa hari ni

Hari ni nak cakap tentang apa pon tak tahu tapi nak bercerita. Kat opis, sejak pagi dok pok pek pok pek. hee...hati ni sukar sungguh aku nak faham. Kalau sendiri pun tak faham, agak-agak orang lain macam mana? hmm...disebabkan aku dah tahu kelemahan hati aku, makanya kenala banyakkan mujahadahla ...cuma.. kekadang tu tersungkur jugala. ..tiap kali tersungkur tu, jenuh juga nak bangun balik. sekarang ni macam dah bangun pelan-pelan la. harap sangat dia stabil. jadi takla penat sangat terjatuh nak apakan balik. hmm...macam-macam hati sungguhla aku ni....

Jumaat, 20 April 2012

Tetamu penumpang dan cinta

Semalam, genap 20 hari En Os tinggal di rumah kami. Baik buruk kami suami isteri terkeluarla juga sepanjang dia tinggal sekali tu. Harapan kami dia tak ambil hati dengan kekurangan kami. Dekat bau taik, jauh bau wangi..itulah peribahasa yang aku ingat buat masa ni. Bagi aku, kehadiran dia menyebabkan hati aku makin menggebu dengan cik abangku. Sebab? Sebab aku tahu, datangla orang yang macam mana pun, hati aku telah Allah tetapkan untuk Mohd Azlan Ahmad. Dialah yang terbaik untukku, alhamdulillah....syukur.. Hargai apa yang ada di depan anda.

macam-macam hidup

Hee...tak tahu nak cakap apa hari ni. Tengokla tajuk entri pun tah apa-apa. aku sebenarnya nak cakap kalau kita dah bahagia dengan cara kita walaupun orang lain bengkak mata sakit hati tengok kita tak macam dia atau mereka, baiklah kita kekalkan dengan cara kita tak? Sekurang-kurangnya kita jujur dengan diri dan hati. tidak terseksa dengan sikap orang dan tidak perlu bermuka-muka untuk mengambil hati orang. Bukannya aku kata kena berkasar, cuma pedulikan kata-kata orang sebab apa yang penting adalah rasa percaya dan yakin diri. itu yang akan membawa kita lebih ke depan selain diredhai Allah. Allah dilupa jangan. Tapi, kalau kritikan orang tu boleh membina, jangan la pulak abaikan semata-mata kerana kita masih juga bahagia dengan keadaan kita. Salah jugala macam tu. Habis tu macam mana? hee...payah kan, nak hidup tanpa retorik? Kata ustaz Pahrol Md Juoi kita 'cantas' saja mereka-mereka atau dia yang tidak membawa kita ke mana-mana. Tambah aku, kemudian, kita tutkan dengan mereka yang boleh bawa kita lebih maju dan dekat denganNya. Barula kita tak terbonsai dan barulah kita akan dapat jadi mukmin yang profesional. Bukan yang mengaku mukmin tapi perangai Masyaallah... mata memandang, mulut berkata-kata. Tak apa kalau memuji, namun memuji pun ada juga dosa pahalanya. Jadi, pandai-pandaila.....sendiri mau ingat dan kata Kiah Propa, "Ingatt...ada yang memerati....hahaha'' (tak suka perangai dia ja Kiah Propa ni, agaknya, kalau dia sopan dan lemah lembut mesti dia lagi menawan kan? hee...minta maafla cik Kiah ya, kata DMFK, cantik tu pakej, kalau muka cantik tapi perangai kurang = tak cantik...kalau muka tak cantik, perangai kurang = buruk... tapi kalau muka cantik, perangai cantik dan muka tak cantik perangai cantik tu, orang yang memandang pun nampak cantik juga.)...haa...kan dah masuk bab yang macam-macam dah. MAlas nak cakap panjang, aku pun tak betul sangat, cuma selalu sedar dirila kata masih banyak yang aku kurang, masih banyak yang kena baiki dan pelajari terutama dalam hal akhirat. Jadi, sesama la kita muhasabah diri, di manakah kita nanti, di layakkah ke syurga, atau sanggupkah kita ke neraka? Sempurnakah solat kita? Apakah terjamin solat yang kita selalu tunjukkan di awal waktu tu diterima? Apakah kita mampu menjamin tiada yang terluka kerana kita? Jadi, di mana kita? Mata kita mata apa? Mata lalat yang mencari yang busuk dan buruk atau mata lebah yang mencari yang manis/madu? Sama-samala kita fikir ya...

Selasa, 17 April 2012

kelakar 2

sekali lagi aku mahu tersenyum dan ketawa. semuanya kerana satu soalan. KENAPA MONYOK?

kalau kita buat kerja dengan serius adakah kita akan tersenyum simpul sendiri? 
Kenapa monyok? Kenapa monyok yang dia nampak sedangkan masa tersenyum tidak pula dia kisah? hmmm....manusia...manusia....perlukan kesabaran untuk meningkatkan iman...

Jumaat, 6 April 2012

tentang hati dan iman

Bila bercakap tentang hati semua orang nak dia punya perasaan dilayan. Nakkan perhatian tapi tak mahu bagi perhatian pada orang lain. Nakkan sesuatu tapi kedekut nak memberi. Termasuklah aku, mungkin. Selalu kita rasa kita dah sempurna, lebih baik daripada orang lain, tapi kita lupa bahawa memang tak semua punya semua kelebihan tapi semua orang punya satu keistimewaan mereka yang sendiri. Jadi, aku rasa payah kalau nak cakap tentang hati secara jujurnya sebab selalunya hati kata lain, sedang mulut?

Bagi aku juga, hati selalu berkait iman. Bila hati baik, maknanya iman tengah elok. Kalau hati tak baik, sakit atau rosak, iman mungkin sedang goyah lalu lahir dan terzahirlah tindakan-tindakan yang tak sepatutnya....sedih sebenarnya bila kita mengajak pada kebaikan tapi orang tak mahu ikut. Memang ya, kita pun tak selalunya 'warak', selalu juga tergelincir tersalah langkah, tapi janganlah dilihat pada siapa yang berkata-kata. Lihatlah pada apa yang dikata sebab kalau nak lihat siapa yang berkata memang kita selamanya tidak akan 'sedar diri' kerana selalunya orang yang kita lihat sebelah mata itulah yang berkata dengan sejujurnya dari hati, kerana sayang dan kasihnya hanya kerana Allah. Dia tak mahu kita terseret dengan syaitan ke laluan yang salah, dia tak mahu kita 'hanyut' dengan keseronokan yang sementara, dan dia tak sanggup memikirkan syaitan terkekeh-kekeh ketawa setiap kali ajakan ke arah kebaikan itu tidak bersambut. Dia  memang tidak sanggup. Walau hatinya juga selalu berbolak balik, namun dia akur yang dia perlu mujahadah.

kredit untuk gambar kepada jalan akhirat
                           

Rabu, 4 April 2012

Tetamu & penumpang

Masuk hari ni dah lima hari empat malam dia menumpang kat rumah. Dia buat sendiri semua yang berkaitan diri dia. Makan, basuh baju, dia tak kacau pun nak sekali malah cuba sedaya upaya dia nak sesuaikan diri kat dalam rumah tu. Dia cuma perlukan ruang untuk merehatkan diri dan tidur sehingga habis tempoh praktikalnya. Cuma satu ja yang aku rasa tak bebas, tak bebas nak bergerak, berpakaian dan juga bermanja. Kadang-kadang aku rasa nak marah dengan keadaan ini tapi aku cuba sabarkan hati, letakkan diri di tempat dia, dan aku redha. Aku redha dengan keputusan dia menumpangkan dak tu di rumah bila mana tanggungjawab tu sepatutnya digalas orang lain a.k.a bos dia. Aku redha kerana ini hari dia, mungkin suatu hari nanti kami juga mungkin berada dalam situasi dia sekarang. Jadi, aku senang hati dapat membantu, senang hati dapat melapangkan dada menerima penumpang itu. :)

Selasa, 27 Mac 2012

lagu zaman

kelakar

Sesekali aku ingin tersenyum malah ketawa mengenangkan mereka..ya,  aku juga mungkin pernah, yang bermanis muka apabila inginkan sesuatu.

Kata Zainal Abidin dalam lagu dia:
manis mulut dibibir
sangatlah merbahaya


Dengarlah ye..hee...

Isnin, 26 Mac 2012

Semua Orang Sayang

saudaraku,
sayangku tidak bertepi
kasihku padamu hanyalah keranaNya
aku tidak mengharapkan apa-apa daripadamu
tapi aku hanya mengharapkanNya
agar sentiasa memberiku kemudahan
untuk dapat selalu memudahkanmu

saudaraku yang kukasihi
percayalah padaku
jangan dijarakkan hubungan ini
kerana tautan hatiku padamu suci
hati ini menyayangimu setulus hati
tiada langsung benci
bukan juga kerana simpati
tapi kerana kasih aku memberi

saudaraku
tegurku kerana kasih
marahku kerana sayang
tiada niat dihati untuk menyakiti
malah aku ingin selalu memberi
jika punya kesempatan

saudaraku
bila diberi hidayah untuk berhijrah
kita akan dituntut kekuatan jiwa, mental dan pengorbanan
kita perlu menghadapi dugaan dan ujian
setiap perbuatan kita akan dikritik
kita akan terasa bersendirian
kita akan terasa dipinggirkan
tapi percayalah
perjuangan yang benar kerana Allah
pasti membuahkan hasil
jangan putus berdoa untuk mereka dan kita

saudaraku
berlemah lembut dan berhemahlah dalam berdakwah
rujuk kembali surah Thaha ayat 43 dan 44
andai Nabi Musa diminta Allah berlemah lembut dengan Firaun
inikan kita dengan mereka
yang kita kenal hati budinya
yang kita faham tingkah lakunya
yang kita mahukan segala yang terbaik  untuk mereka

berdoalah
janganlah putus berdoa
kerana lambat atau cepat Dia pasti makbulkan

Sakit

Cakap pasai sakit ni, kita tak tau bila kita akan sakit walau kadang-kadang ada juga yang sengaja cari sakit. Ayah aku kat kampung dah hampir tiga minggu sakit tak boleh nak angkat tangan. Biras aku pula lagi tenat, tiba-tiba saja sakit, dan sekarang terlantar di hospital dan perlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Aku dah melawat dia cuma ayah aku saja aku belum balik.. Nak balik, memang nak balik tapi apakan daya, ada saja yang menghalang. Harap-harap minggu ni dapat cek dan hujung minggu ni dapat balik. huhu...fahamilah anakmu ya mak dan ayah.....

Rabu, 21 Mac 2012

kisah semalam

pagi
aku kena angin tok ladin

petang

aku sedih....termenangisjuga


malam
angin tok ladin masih ada
aku suka dia gembira
tapi aku tak boleh penuhi semuanya
setiap satu mesti ada batas

kenapa sukar untuk dia mengerti dan memahami
apa yang kami hulurkan adalah kasih sayang
sayang untuk dunia dan juga akhiratnya
apa yang akan kami jawab di sana jika di sini dia masih tak berubah?

Ya Allah, berilah dia hidayah dan taufikMu
kami tak minta apa-apa
cukuplah dengan kejayaan dan perubahan

Selasa, 20 Mac 2012

sebulan S.E.N.Y. A.P & S.T.R.E.S.S

huhu...Sebulan aku senyap. Bukan tak mahu menulis lagi cuma tak tahu nak tulis macam mana. banyak yang berlaku dalam tempoh sebulan ni. Mulanya semua gembira, semua suka dan sama-sama berkongsi rasa. Aku suka, aku dah tak sunyi lagi tapi sekarang, aku kembali sunyi. Aku kembali menyendiri. Tak apa tak ada kawan daripada ada tapi macam tak ada. Sedih ke? Ada la jugak...tipula kalau kata tak rasa apa. Tapi aku tetap aku. Sendiri dalam dunia aku sendiri. Aku malas lagi nak kisahkan hal sekeliling. Aku bantu bila ada yang memerlukan. Aku diam bila tak ada kerja. Heee...Susah mau percaya pada sesiapa lagi. Tapi tula, seselalu tu jugalah aku tertipu dengan janji-janji yang dibuat. Seselalu tu jugalah aku rasa terbodoh sendiri. Terasa seperti diri diketawakan. Terasa seperti diri diperkatakan. Dalam diam, aku siapkan kerja kerja yang dibagi. Dalam diam aku layan diri.

Dua minggu lepas, aku sakit perut, mual dan muntah-muntah. Perut rasa kembung semacam dan ada ketikanya aku tak boleh bangun sebab termuntah kalau bangun. Tertangguh-tangguh, semalam aku gagahkan diri mengajak suami ke klinik. Dr kata aku stress. Asid tolak ke atas tu yang jadi muntah, usus pun dah bengkak. haishh...teruk jugak kalau macam tu. katanya kalau dah habis ubat, masih rasa sakit, pergi klinik dalam dan buat ujian air kencing, darah dan imbas perut. Huhuuu...sesekali memang rasa nak masuk wad lagi. Ada orang jaga, perhatian dapat lebih...tapi aku sayang diri aku. Aku tak mau masuk wad. Aku tak mahu sakit. Aku nak gembira. Aku nak semua gembira. Biar susah macam mana pun, aku nak semua rasa gembira. Dekat dengan Dia. tapi sekarang nampak gaya macam susah. Masing-masing punya fahaman sendiri. Masing-masing nak ikut kepala sendiri. Aku? Aku tersepit. Antara hormat dan patuh, antara sayang dan kasihan, antara aku dan mereka. Tak mahu aku menjadi lilin sebab sekarang dah zaman teknologi. Dah guna letrik, jadi tak perlu terbakar sendiri untuk terangkan orang lain. Tapi aku macam tu jugalah. Nak juga menyibuk hal orang, nak juga amik tahu dan nak juga puaskan hati orang lain. Aku cubala jugak walaupun aku tahu benda paling susah nak buat dan dipenuhi adalah puaskan hati orang lain. Tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Kenapa tidak mereka? Aku mahu berubah, aku ingin berhijrah dan aku telah pun memulakan langkah. mereka? hanya doa yang mampu aku panjatkan.

Dilema

Antara dua orang yang aku sayangi
seorang perlu aku taati
sorang lagi?
dua-dua perlu aku jaga hati
hati aku?

Dilema bila tersepit begini
Susah hati bila menyakiti
hmm..hampir gila
aku rasa macam orang gila

Allah saja yang mengetahui
betapa diri ini cuba
memenuhi setiap permintaan
betapa diri ini cuba mematuhi setiap arahan
arahan itu jelas dan tak salah
namun rasa kasihan tidak dapatku tahankan
tiada yang mengambil kesempatan
yang ada cuma seseorang
yang sangat memerlukan perhatian

aku?
di mana perhatian terhadapku?
di mana pengertian terhadapku?
di mana kasihan terhadapku?

aku tak mengemis rasa
cukuplah andai aku dapat menabur jasa
serahkan pada Allah 
Allah pasti membalasnya
biar baik biar jahat
yang penting niat
segalanya bermula dari niat

Khamis, 12 Januari 2012

2012..selamat datang ke Cassinia...

Salam tahun baru walaupun dah hampir setengah bulan berlalu. Hee..biasala..nak menulis tapi selalu saja tergendala sebab tak ada alasan yang munasabah. Apa-apa ja la kan....mmm...hari ni ada semangat nak menghias blog. Tak lama lagi dah kena menghias rumah pulak. Alhamdulillah..........Suka sangat rasanya dan berbunga hati ni dengan berita ni. Tak sabar tu semestinya. Terima kasih abang, sayang anggap semua ni hadiah hari lahir ya. hee..suka suki saja aku anggap ia sebagai hadiah hari lahir aku. Tak kisahla, ownernya dah setuju....Semoga Allah memberkatinya selalu. Amin...........

Inilah rumah yang tak seberapa tu. Gambar pon amik kat developer punya website jadi cacat sikitla. nantila aku masukkan gambar betul kalau berkesempatan (yang sebenarnya kalau rajin. hehe). Alhamdulillah...sekurang-kurangnya dapat juga merasa tinggal di rumah sendiri.