Jumaat, 14 Julai 2017

Kembali menulis

Haha..selepas beberapa lama sebab terlalu sibuk..kini aku kembali..kembali menulis berkongsi cerita. Nanti...

Sabtu, 25 Oktober 2014

Rasa Yang Pelbagai

Bahagia
kerana punya seorang suami
yang sentiasa ada bila diperlukan
menyokong setiap keputusan yang betul
menegur, menasihati masa terleka
menyayangi dan mencintai dengan sepenuh hati
dan bersama-sama mencari keredhaan Ilahi

Gembira
dengan 'kepulangan' seorang sahabat yang agak lama 'menghilang'
kembalinya mengutip semangat yang bertaburan
kembalinya dengan harapan
dan kembalinya sebagai seorang pejuang

Sedih
kerana masih ada yang belum mampu aku bantu
meminggir kerana salah faham
terpinggir kekurangan
kerana tak mahu dibantu

Mengharap
untuk bergelar seorang ibu
untuk berjaya dengan cemerlang dan tepat masa
untuk menjadi wanita solehah

Kuat
kerana aku punya Allah
yang aku yakin
akan membantu setiap usaha yang murni dan ikhlas
mendengar setiap doa yang dipohon
dan mengabulkan permohonan-permohonan itu
agar hambanya ini
berjaya
di dunia dan akhirat
sebagai hamba, anak dan isteri
dan mungkin ibu?




SYUKUR

Alhamdulillah, sempena Maal Hijrah ni, diharap semangat yang kental ni tak luntur dimakan waktu.

Hari ni sangat bersemangat. Dengan ditemani suami, kami bersama-sama ke UTM untuk belajar dan siapkan tugasan masing-masing. Perpustakaan tutup tapi digagahkan juga mencari tempat dalam UTM, akhirnya dibawa ke Anjung Kimia, Fakulti Sains. Lega...cukup fasiliti di sini. Ada kipas, internet, ruang yang terbuka, dan yang paling penting, tak bising. Sangat berterima kasih kepada suami kerana sentiasa mendorong dan menyokong. Semoga dikekalkan kami dengan momentum ini. Aamiin.



Ahad, 21 September 2014

Maaf andai aku bersalah

Lama tak menulis di sini. Tiba-tiba nak mula balik dah kisah sedih...benar, hati ini sedih sangat. Kerana dia menguncikan diri,  kerana dia menyepi dan diam tanpa sebarang berita...aku jadi rindu.

maafkan aku andai telah menyakiti mu.

Kembalilah sahabat.
Kami di sini sentiasa menanti dan mengharapkan kejayaanmu.


Khamis, 6 Februari 2014

R.A.S.A H.A.T.I

ikut hati mati
ikut rasa binasa 
dan kerana mulut juga badan binasa

rasa itu telah hilang bersama patahnya hati
mati itu pasti 
tapi bukan kerana hati

mungkin kerana dia punya kuasa
maka mulutnya 
rapuh melepas kata
tanpa fikir tentang rasa
tanpa fikir tentang binasa

ah malam ini 
datang lagi kegilaan itu
kegilaan yang memutuskan segala
memutuskan segala rasa 
kerana hati yang lara  

namun aku punya DIA dia dan dia
yang sudi mendengar bicara
yang sudi berkongsi rasa
membuang lara
mendamai jiwa

larakah aku
andai bibir
masih mampu tersenyum
lidah masih pandai berbicara
dan hati masih mampu merasa?


Rabu, 22 Januari 2014

LETIH

Malam ni aku rasa sangat letih
Letih dengan kerenah orang di sekeliling
termasuklah diri sendiri
yang kadang-kadang
menginginkan sesuatu yang tak sepatutnya.

Geram, kecewa,
dan sesekali suka dan bahagia.
bukan, banyaknya suka dahagia
sesekali geram dan kecewa

suka dan bahgia
dengan anugerah dan nikmatnya
rezeki yang tak pernah putus
kecuali yang satu dan satu itu...

geram
dengan kata tunggu yang tak bertepi

geram
dengan sikap mereka
sikap yang tak pernah puas
sikap memanipulasi
sikap mementing diri
sikap macam-macam sendiri

kecewa
kerana tiada keberanian
untuk memulakan perjalanan
walau sesekali meredah
namun selalunya
selepas ada suara lain yang mecelah

kecewa
kerana sentiasa kalah
dengan emosi
yang tiada siapa malah sendiri juga tak mengerti

Khamis, 21 November 2013

???

Dalam tak sampai dua minggu banyak perkara yang berlaku. Sedih tu memang sebab perkara tu masih boleh dielakkan. Cuma perlukan sedikit kesabaran dan ketepikan ego. Malangnya, itu tidak berlaku. Keputusan uang diambil menyakiti semua pihak. Jadi terimalah dengan redha.

Rabu mereka datang. Gembira. Tapi rasa kecewa menutup semua rasa. Lalu terasa dan mungkin ternyata yang aku juga hanya penumpang...sama seperti mereka yang telah pulang....Ya Allah..sempatkanlah aku pulang...aku takut andai mereka pergi dan tak kembali...atau akukah yg akan terlebih dahulu pergi tak kembali? jangan...masih banyak maaf yang perlu diminta dan ada kata maaf yang ditunggu buat memujuk hati yang kecewa