Selasa, 29 Mei 2012

kisah bulan mei

Dah sebulan rasanya tak menulis. Bukan tak mahu menulis di sini, tapi, tak ada kesempatan untuk aku menulis kat sini dek kesibukan menguruskan bengkel yang baru saja berlalu minggu lepas. Yang seronoknya menguruskan bengkel tu adalah belajar benda baru. Belajar proses-proses mempromosi dan mencari peserta dalam masa yang terhad dan dengan kerenah "orang yang minta dibuatkan bengkel" yang seperti tidak tahu polisi dan hanya tahu "kamu kena buat itu dan ini". Dengan kecetekan pengalaman ditambah dengan dibuat pula di tempat orang yang aku sendiri baru pertama kali ke situ, pagi-pagi lagi kami dah kena marah dengan seorang Datuk. Nasib baik Datuk ni ada rupa. Hee...bukanlah terpikat cuma bila pepagi dah marah marah sampai dah tak nampak nama dalam senarai kan dah hilang hensem dan kredibiliti? Hmm...apa pun, lepas makan tengah hari, aku minta maaf pada dia atas kekurangan kami dan dia pun minta maaf juga pada aku sebab marah-marah. betulla kan, kalau tengah marah tu kena rileks rileks dulu sebelum marah. Kan dah melekat kat otak ni pasai dia. Mmm...tapi bila dia pun datang minta maaf sama, rasa kagumla pulak sebab sekejap saja marahnya dan baru sesuai dengan gelaran yang disandang.

Ok, cukup pasal bengkel. Sekarang nak cerita tentang hal keluarga pula. 25 hb Mei lepas adalah ulangtahun ke lima perkahwinan kami. Malangnya tak dapat disambut sebab ada kecemasan yang tiba. Tak apalah, cukuplah ingatan bahawa kami tak pernah lupa pada tarikh ijab kabul yang menghalalkan hubungan ini. Alhamdulillah..diam tak diam, dalam susah dan senang bersama, kami hampir masuk tadika. Hee....cuma sekarang masih menanti apakah masih ada kesempatan untuk kami bergelar ibu dan bapa. Walau apa pun yang terjadi, kami redha.Kami dah tengok ujian adanya anak. Jadi kami redha dengan segala ketetapanNya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.

Dari bulan 12 tahun lepas dia bersama kami, sekarang kami kembali berdua. Sepanjang bersama kami, kami sudah kasih padanya, namun tindakan-tindakannya juga telah membawa kepada tindakan yang kami ambil sekarang. Kami berharap semoga suatu hari nanti dia akan sedar kenapa tindakan itu diambil dan sedar siapa sebenarnya yang lebih menyayanginya dan apa itu rasa bahagia yang sebenarnya. Ya Allah, permudahkanlah jalannya, semoga dia keluar sebagai anak yang taat dan wanita solehah. Amin...