Memaparkan catatan dengan label suara hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suara hati. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2011

maaf

hanya kata maaf 
yang mampu aku ucapkan 
di atas ketidakmampuan aku 
untuk menghulurkan bantuan
di saat kau memerlukan
maaf juga aku ucapkan
pada mereka yang pernah 
aku lakukan kesalahan
yang pernah aku sakiti
sengaja atau tidak
hanya itu saja 
yang aku mampu tuturkan buat masa ini
maafkan aku....

dan kemaafan juga 
aku berikan pada mereka 
yang pernah menyakiti
sesungguhnya kemaafan itu
dendam yang terindah 

Selasa, 1 Mac 2011

fitrah

dah mac la pulak

hai...ingat bolehla kemaskini blog ni hari-hari atau sekurang-kurangnya selalu. tapi...sindrom M dan penyakit sukar nak mulakan ayat dan sesuatu yang baru merencatkan usaha aku. entahla bila nak berjaya. kalau peraturan sendiri pun susah nak jayakan. bukannya banyak, ada 8 saja peraturan baharu. hai diri diri, kuatlah menundukkan nafsu ya. kata ustaz, roh perlu dilatih. dan untuk melatih, sekurang-kurangnya 21 hari buat perkara tu. nak sampai 21 hari tu yang masalahnya. dengan iman yang lemah, diri yang juga serba kekurangan, menyebabkan misi yang dirancang selalu tergendala. atau aku yang beralasan?

Selasa, 25 Januari 2011

perasaan


Seksanya rasa bila setiap kali mengalami perasaan ini.
Tak tahu kepada siapa untuk aku mengadu kecuali padaMu
Aku sangat memerlukan bantuan daripadaNya
Agar aku dapat melepaskan diri daripada semua ini

Seksa lagi andai hanya aku yang merasakannya
Sedangkan orang lain tidak langsung sedar akan kewujudannya
Semuanya sangat mencabar diri
Semuanya sangat mendera hati

Andainya aku mampu
Pasti aku tidak terbelengu
Dengan perasaan yang mengganggu
Sangat mengganggu
Sangat haru

Tidak mahu aku bertanya mengapa
Tidak mahu aku sepeti mempertikaikanNya
Aku hanyalah hamba
Sedang Dia Yang Maha Berkuasa

Salah akulah perasaan ini hadir
Kerana lemahnya iman
Kerana kurangnya amalan

Aku tidak mahu mengendahkannya
Meskipun ia mendera
Kerana aku pasti, aku mampu menganganinya
Kerana aku juga pasti pada janjiNya

Rabu, 19 Januari 2011

aku semakin sentimental

hmm..dah dua hari aku dilanda sentimental. semalam, aku kesedihan sebab terkecik hati dengan seseorang. mungkin dia bergurau tapi bila melibatkan harga diri, aku rasa terguris sangat. orang yang diharap menyebelahi  diri amik keputusan berkecuali. hmm..lagila terasa hati. tak apalah, aku lapangkan dada saja..mana tau kalau semua ni teguran kecil dari Allah...mana tau aku pernah sakitkan hati orang dengan lidah ni....mana tau kan....? yang penting berbaik sangka...tak rugi dan tak la pedih dada sangat. malamnya aku pun dah lupa...tido

pagi ni aku habiskan membaca buku meredah takdir hadiah daripada suami kepada aku. sedih lagi....cerita tentang rumahtangga....cerita tentang hasrat nak anak....huu....lagila tambah sedih. buka blog, sedih juga sebab ada kawan yang juga melahirkan rasa yang sama iaitu sunyi dan betapa rindunya kami pada kehadiran cahaya mata. sehingga hari ini kami belum putus asa mencuba. pergi mengurut, makcik tu beri harapan, "tak lama lagi lekatla tu..."...aku ingin sekali mengharap tapi aku tak lupa, mak cik tu bukanlah Allah yang Maha Mencipta. 

Khamis, 16 Disember 2010

mampukah aku kembali?

mampukah aku kembali
kepada fitrah diri
yang inginkan kebaikan
inginkan dekat denganNya

mampukah aku kembali
mendapatkan hati yang suci
agar dapat aku nikmati
anugerah dari Ilahi
dengan sepenuh hati

aku mampu kembali
kerana Allah sentiasa mengetahui
apa yang ada di hati

emosi

sekarang aku sangat beremosi. sangat terganggu dan serabut. dalam keadaan diri yang sebegini aku mudah tersasar. yang menjadi mangsa adalah empat kecik dan satu besar yang ada dalam rumah. telah aku cuba mengawal diri sekuat mungkin tapi aku terikut juga. lemahnya iman ni. maka, ketawalah syaitan-syaitan tu...bisikannya telah aku turuti. macam mana ni? ingat dapatla berhijrah sempena tahun baru ni. mm...mungkinkah kepergianku dirindui atau kepulanganku dinanti? hanya Allah yang tahu.

Rabu, 15 Disember 2010

andai aku kura-kura

andai aku kura-kura,
aku tidak mahu keluarkan kepala
biar aku tidak nampak apa
biar orang juga tidak nampakmuka aku
aku malu aku kurang peka dengan alam
aku malu aku kurang perhatian pada dia
aku juga malu 
kerana selama ini aku tidak pernah tahu itu
tidak pernah nampak sedangkan kepalaku sudah kupanjangkan ke luar

ahhh
berserabutnya fikiranku
semua serba tidak kena
semua serba kalut
seperti racun
semua tu perlahan-lahan membunuh jiwa ini
perasaan ini seperti akan mati
mati bersama anggapan-anggapan mereka
mati bersama kepercayaan dan doa mereka
langkahku semakin lambat
semakin tersekat
dan semakin berat

kenape mereka tidak pernah mahu melihat ke dalam?
dan kenapa mereka juga tidak pernah mahu faham?
kura-kura ini mukanya selalu saja dikeluarkan untuk mereka

kini, kura-kura ini kelelahan
kura-kura ini kepenatan 
kura-kura ini juga sudah tidak mampu mengeluarkan kepalanya 
kerana kura-kura ini percaya
semua ini adalah kerana mereka
semua yang dia buat untuk mereka
mungkin itu sebabnya
ya mungkin 'kerana mereka' itulah penghalangnya
kura-kura ini terseksa
ditegur Allah sedemikian rupa hingga tak berdaya memanggung kepala
mungkin 'kerana mereka' jugalah
Allah yang Maha Mengasihani kura-kura kerdil ini 
memberikan kura-kura ini pengajaran sedemikian
agar kura-kura ini tidak lagi melakukan sesuatu itu 
hanya "kerana mereka"
tapi sebaliknya
HANYA KERANA ALLAH SWT

Ya Allah, 
ampuni aku
hambaMu yang lemah ini
ampuni aku yang banyak berdosa ini
kura-kura kerdil yang hanya berjalan dimuka bumi ini
sekadar dengan tujuan mencari keredhaanMu
namun tanpa sedar telah mencipta kemurkaanMu
ampunilah kura-kura kerdil ini Ya Allah
ampunilah
berikanlah aku kekuatan iman dan kesabaran 
agar aku mampu menghadapi semua ujian yang Kau berikan 
dan agaraku,
kura-kura kerdil ini,
mampu mengeluarkan kepalanya semula 
untuk melihat indahnya alam dan seluruh isinya

sukarnya menjadi sempurna

rupanya selama ini aku perasan sendiri
ingatkan diri susah sempurna 
atau sudah memberikan yang sesempurna mungkin. 
namun, Allah Maha mengetahui, 
betapa diri ini sangat lemah.
terlalu banyak kekurangan.
terlalu banyak lubang-lubang yang perlu ditampal.

Ya Allah, sukarnya menjadi sempurna
dengan iman yang senipis bawang ini