Rabu, 19 Januari 2011

aku semakin sentimental

hmm..dah dua hari aku dilanda sentimental. semalam, aku kesedihan sebab terkecik hati dengan seseorang. mungkin dia bergurau tapi bila melibatkan harga diri, aku rasa terguris sangat. orang yang diharap menyebelahi  diri amik keputusan berkecuali. hmm..lagila terasa hati. tak apalah, aku lapangkan dada saja..mana tau kalau semua ni teguran kecil dari Allah...mana tau aku pernah sakitkan hati orang dengan lidah ni....mana tau kan....? yang penting berbaik sangka...tak rugi dan tak la pedih dada sangat. malamnya aku pun dah lupa...tido

pagi ni aku habiskan membaca buku meredah takdir hadiah daripada suami kepada aku. sedih lagi....cerita tentang rumahtangga....cerita tentang hasrat nak anak....huu....lagila tambah sedih. buka blog, sedih juga sebab ada kawan yang juga melahirkan rasa yang sama iaitu sunyi dan betapa rindunya kami pada kehadiran cahaya mata. sehingga hari ini kami belum putus asa mencuba. pergi mengurut, makcik tu beri harapan, "tak lama lagi lekatla tu..."...aku ingin sekali mengharap tapi aku tak lupa, mak cik tu bukanlah Allah yang Maha Mencipta. 

2 ulasan:

  1. ngeh ngeh ngeh...kita serupa...rumah aku ni tiap kali balik rumah cuma ada anak petung beruang...sponge bob...patrick...anak patung gajah...tak larat dok ngadap anak patung...tak dak respon... :)

    BalasPadam
  2. ada jugala anak patung. cik abang aku xmau bagi anak patung. katanya dah besar. kucing ngn anak2 dia pulak takut kat aku sebab aku slalu dok menggila dengan depa. hehe...menyetan ja kat depa. tu nampak aku ja lari..

    BalasPadam