punyala nak menulis dalam blog sampai terlupa password. tula..nak berahsia sangat blog ni dari pengetahuan orang lain...yala, blog ni tempat aku mencurah rasa, kalau orang lain tahu siapa aku, dah macam membuka pekung di dada la pulak. lagipun, biarlah aku seorang sahaja yang tahu tentang blog ni dan orang yang membaca atau tiba-tiba terjumpa blog ni sahaja yang tahu. hee..POYO sungguh rasanya diri aku ni sekarang. dah dengar azan tadi, tapi belum solat. memasak pun belum. nanti mulala nak kalut.
sebenarnya tadi nak tulis, aku dah beli dua buku secara online dan satu buku kat mph. buku-buku online tu dah lama dah nak beli, tapi biasala kan...budaya tangguh dan M tu masih belum lekang.. tu yang harap sangat tahun ni dapat buang semua tu tu. harap juga pada tahun ni aku mampu menabung sebanyak mungkin. nak setel hutangla dulu yang pasti. ooo..berbalik pada buku tadi. buku apa yang aku beli banyak sangat tu? hehe...
1) oi bangunlah oi karya DR HM TUAH ISKANDAR - yang ni beli kat MPH
3) TALBIS IBLIS - Ibn Qayyim - buku ni dah lama dok cari, baru jumpa, yala cari macam tu saja bukan cari dengan sungguh-sungguh dan dengan duit...mula dengar tentang buku ni dari ceramah ustaz shamsuri ahmad, dari hari dengar tu, tercari-cari, sampai tersilap beli sebab ingat hati saja bukan ingat iblisnya..hee...kelolo tak kira tempat dan masa.. nak buat macam mana...harap tahun ni dapat berubah...
oklah, rasanya tu ja kot nak cerita, lain kali, cerita lagi...
tak pa haih...sekurang2nya apa yang terbuku dapat juga terluah...hat misteri tu hat orang suka tuh hehehehehehe....*suka misteri alam hitam walaupon takut* :p
BalasPadamyala...slalu pun hat mcm tula orang suka. xdinafikanla....lagi sorok, lagi orang nak tau, kan? makasihla sudi kome. ingat tak dak orang sudi singgah baca blog ni. humble dak?
BalasPadam