Jumaat, 21 Januari 2011

padam

hmm...kalau ikut hati yakni emosi, habis semua yang tak elok terkeluar. rasa bodoh pula la lepas tu. macam mana la nak jadi baik ni?? haish, istighfar....semoga Allah ampuni dosa aku.

tadi, aku dah delete entri sebelum ni yang aku rasa macam tak patut letak kat dalam blog ni bagi orang baca. teringat kata Aishah r.a kat seorang lelaki yang sayik pegang kepala dia masa duduk kat pasar (kalau tak salahla...lupa dah cerita dia macam mana cuma ingat tang ayat dia kata kat lelaki tu saja). Bila laki tu dok pegang kepala dia sambil mengaduh kesakitan, Aishah pun kata "tak malukah anda, bila sakit macam ni, kita tunjukkan pada semua orang tapi bila kita dikurniakan nikmat, bukan saja kita lupa bersyukur, tapi tak sikit pun kita tunjukkan atau berkongsi dengan orang". mamcam tula lebih kurang. kalau ada sesapa yang tau cerita ni, betulkanlah ya kalau ada salah dan silap. aku tetiba rasa kerdil. kerdil sangat. selalu juga aku lupa bersyukur. selalu juga aku lagha..apatah lagi masa-masa tu. lagila aku lagha.

hmmm....sudahla. penat sudah menaip yang tak elok ni. kata nak berubah, kalau tak delete yang dulu-dulu, macam mana nak teruskan dengan yang baru? jadi, marilah kita sama-sama memadam dan menghilangkan luka lama. kata ana rafali dalam lagu dia tolong ingatkan aku, biar luka lama sembuh sendiri. hmm..tetiba teringin pula dengar lagu dia. sat na, nak masukkan. dengar tau, sangat memberi makna. walaupun orang kutuk dia, aku tabik spring kat dia sebab berjaya membuktikan yang dia yang biasa2 pun mampu mengecap kemenangan yang semua orang nak. dia yang sederhana pun (ya la kot...dah pakai baju kurung...) mampu mencipta jaya. hmm..sesungguhnya aku cemburu mendengar kejayaan orang. aku cemburu melihat orang berjaya. aku ingin seperti mereka. aku ingin bersama mereka. bersama dalam senarai mereka-mereka yang berjaya. hai sub cm, kenapala engkau tak mahu bekerjasama dengan aku? wahai subcm, marilah kita realisasikan impian yang telah lama kita  impikan. buanglah segala yang tidak baik/negatif dan marilah kita berhijrah. berhijrah ke arah yang lebih baik, yang lebih diredhai dan ke arah yang lebih selamat. ayuh kawan-kawan, hidup kita ni semakin pendek. usia yang semakin meningkat menunjukkan betapa kita semakin menginjak tua dan mendekati masa 'itu'. masa yang semua orang tidak sanggup menanti dan masa yang semua orang takut diadili. dahla, aku dah kata, aku tak boleh menulis lama-lama satu topik. satgi mula mengarut. klah, chow dulu. jumpa lagi satgi. satg nak pos lagu ana rafali lak. hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan