Jumaat, 14 Julai 2017
Kembali menulis
Haha..selepas beberapa lama sebab terlalu sibuk..kini aku kembali..kembali menulis berkongsi cerita. Nanti...
Sabtu, 25 Oktober 2014
Rasa Yang Pelbagai
Bahagia
kerana punya seorang suami
yang sentiasa ada bila diperlukan
menyokong setiap keputusan yang betul
menegur, menasihati masa terleka
menyayangi dan mencintai dengan sepenuh hati
dan bersama-sama mencari keredhaan Ilahi
Gembira
dengan 'kepulangan' seorang sahabat yang agak lama 'menghilang'
kembalinya mengutip semangat yang bertaburan
kembalinya dengan harapan
dan kembalinya sebagai seorang pejuang
Sedih
kerana masih ada yang belum mampu aku bantu
meminggir kerana salah faham
terpinggir kekurangan
kerana tak mahu dibantu
Mengharap
untuk bergelar seorang ibu
untuk berjaya dengan cemerlang dan tepat masa
untuk menjadi wanita solehah
Kuat
kerana aku punya Allah
yang aku yakin
akan membantu setiap usaha yang murni dan ikhlas
mendengar setiap doa yang dipohon
dan mengabulkan permohonan-permohonan itu
agar hambanya ini
berjaya
di dunia dan akhirat
sebagai hamba, anak dan isteri
dan mungkin ibu?

SYUKUR
Alhamdulillah, sempena Maal Hijrah ni, diharap semangat yang kental ni tak luntur dimakan waktu.
Hari ni sangat bersemangat. Dengan ditemani suami, kami bersama-sama ke UTM untuk belajar dan siapkan tugasan masing-masing. Perpustakaan tutup tapi digagahkan juga mencari tempat dalam UTM, akhirnya dibawa ke Anjung Kimia, Fakulti Sains. Lega...cukup fasiliti di sini. Ada kipas, internet, ruang yang terbuka, dan yang paling penting, tak bising. Sangat berterima kasih kepada suami kerana sentiasa mendorong dan menyokong. Semoga dikekalkan kami dengan momentum ini. Aamiin.

Ahad, 21 September 2014
Maaf andai aku bersalah
Lama tak menulis di sini. Tiba-tiba nak mula balik dah kisah sedih...benar, hati ini sedih sangat. Kerana dia menguncikan diri, kerana dia menyepi dan diam tanpa sebarang berita...aku jadi rindu.
maafkan aku andai telah menyakiti mu.
Kembalilah sahabat.
Kami di sini sentiasa menanti dan mengharapkan kejayaanmu.
maafkan aku andai telah menyakiti mu.
Kembalilah sahabat.
Kami di sini sentiasa menanti dan mengharapkan kejayaanmu.
Khamis, 6 Februari 2014
R.A.S.A H.A.T.I
ikut hati mati
ikut rasa binasa
dan kerana mulut juga badan binasa
rasa itu telah hilang bersama patahnya hati
mati itu pasti
tapi bukan kerana hati
mungkin kerana dia punya kuasa
maka mulutnya
rapuh melepas kata
tanpa fikir tentang rasa
tanpa fikir tentang binasa
ah malam ini
datang lagi kegilaan itu
kegilaan yang memutuskan segala
memutuskan segala rasa
kerana hati yang lara
namun aku punya DIA dia dan dia
yang sudi mendengar bicara
yang sudi berkongsi rasa
membuang lara
mendamai jiwa
larakah aku
andai bibir
masih mampu tersenyum
lidah masih pandai berbicara
dan hati masih mampu merasa?
Rabu, 22 Januari 2014
LETIH
Malam ni aku rasa sangat letih
Letih dengan kerenah orang di sekeliling
termasuklah diri sendiri
yang kadang-kadang
menginginkan sesuatu yang tak sepatutnya.
Geram, kecewa,
dan sesekali suka dan bahagia.
bukan, banyaknya suka dahagia
sesekali geram dan kecewa
suka dan bahgia
dengan anugerah dan nikmatnya
rezeki yang tak pernah putus
kecuali yang satu dan satu itu...
geram
dengan kata tunggu yang tak bertepi
geram
dengan sikap mereka
sikap yang tak pernah puas
sikap memanipulasi
sikap mementing diri
sikap macam-macam sendiri
kecewa
kerana tiada keberanian
untuk memulakan perjalanan
walau sesekali meredah
namun selalunya
selepas ada suara lain yang mecelah
kecewa
kerana sentiasa kalah
dengan emosi
yang tiada siapa malah sendiri juga tak mengerti

Khamis, 21 November 2013
???
Dalam tak sampai dua minggu banyak perkara yang berlaku. Sedih tu memang sebab perkara tu masih boleh dielakkan. Cuma perlukan sedikit kesabaran dan ketepikan ego. Malangnya, itu tidak berlaku. Keputusan uang diambil menyakiti semua pihak. Jadi terimalah dengan redha.
Rabu mereka datang. Gembira. Tapi rasa kecewa menutup semua rasa. Lalu terasa dan mungkin ternyata yang aku juga hanya penumpang...sama seperti mereka yang telah pulang....Ya Allah..sempatkanlah aku pulang...aku takut andai mereka pergi dan tak kembali...atau akukah yg akan terlebih dahulu pergi tak kembali? jangan...masih banyak maaf yang perlu diminta dan ada kata maaf yang ditunggu buat memujuk hati yang kecewa

Selasa, 27 Ogos 2013
BERITA HARI INI
Hmmm..lama jugala tak menulis di sini. Sedar-sedar dah tujuh bulan. Hasrat nak menulis tu sentiasa ada cuma masa saja yang tak mengizinkan. Hari ni bukan masa yang mengizinkan cuma perasaan untuk berhenti seketika kerja untuk menulis tu tinggi, jadi aku bagi laluan pada blog ni sekejap. Kalau nak harapkan masa, memang sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti (termasuklah aktiviti ke tandas, makan, tidur, tonton TV dan lain-lain). Hee..banyak pula mukadimahnya.
Hari ni, permulaan harinya baik. Alhamdulillah...semoga diterima permulaan hari aku hari ni. Di tempat kerja, rasa kantuk tu taklah mengganggu macam selalu. Suka sangat. Ceria bersama rakan seperjuangan meski mereka lebih muda, tapi perjuangan yang sama merapatkan kami.
Tadi aku dapat berita gembira, khidmatku masih diperlukan dan akan disambung setahun lagi, cuma aku mohon untuk aku juga menyambung pelajaranku agar penyelidikan yang akan aku buat tidak sia-sia. Insyaallah...semoga Allah permudahkan perjalan aku dan suamiku. Amin..
p/s: nak mengulas cerita lagi...

Khamis, 24 Januari 2013
rindu yang tak pernah surut
Pagi ni aku bangun dengan rasa rindu pada seseorang yang pernah tinggal dengan aku. Pernah aku anggap seperti anakku sendiri. Dan tak pernah sesekali aku menyesal mengambilnya tinggal denganku cuma kesalan yang ada adalah kenapa aku tidak diberitahu dari awal punca masalahnya hingga aku tidak dapat punca dan tidak tahu cara merawatinya. Sayang, aku sangat sayangkan dia dari hari pertama kelahirannya hinggalah ke hari ini, rasa sayang itu tak pernah padam. Ingatan ini sesekali menggebu dengan memori bersamanya.
Ahad, 6 Januari 2013
Bidadari-bidadari syurga
Entri kali ni nak kupas tentang buku Tere Liye lagi. Lepas buku Daun yang jatuh tidak membenci angin, aku dah terjatuh cinta dengan gaya Tere Liye. hee..Buku ni bawa cerita yang lain sikit. Sebelum baca buku ni, aku tengok jugala komen-komen orang yang pernah baca buku ni. Memang memberangsangkan. Dah difilemkan juga la cerita ni.
Oklah, buku Bidadari-bidadari Syurga ni berkisar tentang seorang perempuan yang dinamakan Laisa. Laisa ni kakak sulung dalam keluarga ni yang punya fizikal yang sangat berbeza daripada empat adik-adiknya; tiga lelaki dan seorang perempuan (bongsu). Ada kisah disebalik perbezaan ini. Yang nyatanya, Laisa ni sangat tekun, tekal kata cikgu terjemahan aku, Puan Juneta Zawawi. Berlatarbelakangkan kawasan penanaman strawberi di lembah Lahambay, kisah Laisa dihidupkan dengan kesabaran dan pengorbanannya dalam menghadapi dan melayani karenah adik-adiknya yang pelbagai- ada yang nakal dan ada yang terlalu baik dan memahami. Namun, kesemuanya termasuk Laisa digambarkan sebagai anak-anak bijak yang dibesarkan dengan pelajaran dari alam, dibesarkan dengan cerita-cerita dari Mamak tentang Nabi. Cara didikan Mamak mereka ni dipraktikkan pula pada anak-anak mereka.
Keseluruhan cerita ni sangat membakar semangat dan mencuit emosi. Cukup rencahnya. Ada suka, sedih, kelakar dan geram. hee...kalau dengan aku, elemen geram tu mesti ada. Emosi saja kata kawan aku. Hmm...bacala ya, nak ceerita lebih-lebih macam tak patut pula sebab aku pun kalau nak tahu tentang satu-satu buku tu memang tak suka kalau orang cerita lebih-lebih. Biar aku baca sendiri. Lebih masyukkk...hee...dah la. nak keluar pula. Seharian dah ngadap komputer riba ni. Penat mata. Selamat membaca...
daun yang jatuh tidak pernah membenci angin
buku ni dah lama aku habiskan bacaannya tapi tak terulas sebab ke'em'man yang sangat kuat. Sekarang dah mula kerja, pandai pula rajinkan diri. Hee...buku ni buku Tere Liye yang pertama aku baca. Mula cerita agak slow, jadi aku agak mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan penulisan dia, memahami Bahasa Indonesia yang bukanlah bahasa aku, dan cuba mencari di mana sedapnya buku ini. Sehari, dua hari tiga hari, masuk hari keempat aku sudah tidak mampu menolak ke tepi buku ni. Terus aku gagahkan diri membaca hingga akhir. Hasilnya? Huhu..sedihnya..terkesan sampai ke malam. Hee..sorila encik suami, hati ni lembut sangat.. teremosi pulak. Baca buku ni terasa macam akulah watak utamanya (hee...lainla..dia digambarkan sebagai cantik sangat dan aku biasa-biasa saja tapi comel kata dia. Hee...alhamdulillah..). Hep! sambung balik. Tak sia-sia aku kirim pada Pak Adhi masa dia balik ke kampungnya di Jakarta (kot..).
Cerita dia mudah sangat, kisah dua beradik miskin yang kematian bapa. Tinggal dengan emak, dan mengamen (minta duit sambil menyanyi atau menghibur orang tu)untuk mencari rezeki. Berjumpa dengan seorang pemuda yang akhirnya mengambil mereka berdua untuk tinggal bersamanya apabila emak mereka meninggal. Lelaki yang mereka panggil "malaikat' itu terjatuh cinta pada si kakak dan si kakak juga punya rasa yang sama tapi bila "malaikat' yang mereka panggil 'Kakak' tu mengambil keputusan melawan rasa hati dan terlalu memikirkan "APA ORANG KATA" andai rasa hatinya diteruskan menyebabkan aku terus melekat dengan buku ni. Hmm..kesudahan yang sangat menyakitkan hati. Malas aku nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa sesiapa yang nak membaca, baik jangan tahu kesudahannya dulu (nanti tak emosi..atau aku yang terlebih emosi? hee..). Jadi, belilah. Tak rugi.
rindu
huhu..Rasanya lama gila tak menulis. Harap belum terlewat nak ucap selamat tahun baru. Semoga semua dapatla capai azam tahun lepas dan mulakan tahun ni dengan azam yang baru juga.
Banyak yang berlaku, banyak yang nak diceritakan tapi mengambil keputusan untuk diamkan dan simpan sendiri. Banyak belajar sambil mendengar nasihat dan kata-kata Prof Muhaya. Terima kasih...banyak jugala kata-katanya yang buat aku sentiasa jadi sedar diri walau sesekali tu tergelincir juga dari landasan tapi jujur aku rasa yang banyak juga pradigma-paradigma yang teranjak dalam ni. Aku tadi terpanggil untuk menulis di sini sebab tiba-tiba ada rasa rindu pada kawan-kawan lama terutama yang suatu ketika sentiasa di sisi dan suatu masa pernah menghuni hati. Melalui FB terubat juga rindu dalam ni, sungguh tak terucap dengan kata-kata dan tak terzahir dengan perbuatan. Cukup rasanya hanya dengan melihat gambar-gambar bahagia mereka kerana bahagia rasanya bila orang yang kita sayang juga bahagia.

Khamis, 16 Ogos 2012
Ramadhan ini
Ramadhan kali ni benar-benar mengikat kasih antara kami. Mungkin kerana 'air tangan' dan mungkin juga disebabkan apa yang dibuat. Apapun, syukur alhamdulillah...Ramadhan kali ni aku berjaya harungi seperti yang sepatutnya. Sepatutnya? Yala..yang sepatutnya aku dan dia buat lama dulu...dan aku harap agar dapat keluar dari Ramadhan ini sebagai orang baru yang telah lulus dalam kursus atau latihan selama sebulan.
Rabu, 15 Ogos 2012
rindu
Tempoh enam bulan yang Allah kurniakan pada aku untuk bersamanya sangat aku syukuri. Meski dia banyak menyakiti namun kasih di hati masih menggunung untuknya. Dia bukanlah siapa-siapa, tapi dia yang pertama. Dari dia lahir, rasa sayang pada dia membesar bersama membesarnya dia. Sayang, kosongnya jiwa dia menyasarkan jalan lurusnya. Kosongnya jiwa dia membawa dia ke lembah derita. Namun, aku masih belum berputus asa. Kerana sayang yang masih ada ni, aku masukkan dia ke situ, supaya hatinya tidak kosong lagi. Dia yang ku anggap anak, semoga kembali sebagai muslimah yang sejati. Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku pada dia di sana. Lindungilah dia, lunakkanlah hatinya dan penuhilah ingatannya dengan ingatan kepadaMu. Amin..
sahur
Masuk hari ni dah dua hari kami tak bersahur. Hee..minta maafla abang ya, isterimu ni mengantuk sangat, tak sedar bunyi jam yang dikunci. Kalau semalam rasanya boleh lagila dimaafkan kot sebab aku menjahit sampai pagi, pulun saat-saat akhir nak siapkan baju raya aku dan dia, baju mak belum potong lagi. Huhu....mesti dia dok tunggu kat sana nak pakai baju yang dah lama dia minta tu...bukan tak mau buat mak, tapi malas sungguh nak ngadap kain dan potong baju kat tengah rumah tu.. satgi aku mula menjahit, aku lupa dunia dah..habih ruang tamu tu jadi port aku. berselerak sampai encik suami baring, bangun penuh benang kat badan. Heee.....sebab tu tunggu masuk rumah baru..sekurang-kurangnya ada bilik menjahit untuk aku. nak semak pun kat dalam bilik tu saja. Alasan... alasan ja kan? Kalau dah malas tu, memang APTB laaa...
Selasa, 14 Ogos 2012
ku serahkan cinta ini
telah kuserahkan cinta ini
hanya pada dia yang berhak
yang hadir lewat istikharah
yang hadir sebagai anugerah dari Allah
dia yang kucintai
bukanlah seperti Saidina Ali
jauh sekali semaksum Nabi
tapi dia tetap kucintai sepenuh hati
terima kasih suami
hadirmu adalah anugerah
melengkapi perjalanan menuju Ilahi
Selamat hari raya in advance
Harap tak terlalu awal aku nak ucap selamat hari raya ni. Dah tinggal tak sampai seminggu pun lagi kan? Mmmm...aku harap posa tahun ni menjadi titik pemula untuk aku jadi lebih baik. Kata Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang, 'kalau bukan Rmadhan ni, bila lagi?'.
Alhamdulillah...Ramadhan kali ni aku tak seculas Ramadhan lepas kecuali beberapa hari yang betul-betul aku tak laratla. hish, teruk kan? Macam mana nak rasa nikmat dan nak berjaya ni? Yang sikit ni pon tak mampu... hee...
Ramadhan kali ni juga kami berjaya untuk tak makan luar kecuali dua kali tu saja sebab tekak encik suami nak makan murtabak. Aku? Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak merasa laksa yang kena dengan tekak. heee...laksa buat sendiri tu dapat jugala senyuman dan pujian encik suami. Terima kasih, abang.
Seminggu pertama puasa, mak dan ayah aku di sini, jadi takla terkejar-kejar sangat masa nak balik memasak tapi bila diorang dah balik...huhuu....kena buat sendirila semua. Nak buat sendiri tu tak da masalah, cuma bila tinggal berdua ni, sunyi la rasa.
Tahun ni aku tak terima dan tak nak amik tempahan. Sebabnya, tahun ni rasa nak rilek, cuma minggu ni la sibuk juga nak siapkan baju sendiri, encik suami dan mak. hehe...tula kan, suka sangat nak amik minit-minit terakhir.
Sebenarnya menulis ni nak cerita, tadi baru saja beberapa minit tadi aku dapat emel dari pelanggan aku. Pujinya melangit. Dalam lawak, kesian pun ada, tapi tak pandaila nak ngajar...nak minta ajar omputih pulak tu. Macamla aku ni terer sangat. Bos lama aku kata teroris adalah. Hee....suka-suki bos aku ja. Tapi takpa aku sayang bos aku yang tu. Apapun, aku bersyukur sangat sebab Allah bagi peluang untuk aku tolong orang. Kembang juga idung ni. Alhamdulillah.....

Isnin, 2 Julai 2012
Macam-macam
Salam...Lamanya tak menjenguk blog ni, apatah lagi nak masukkan entri baru. Hmm...banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni. Banyak-banyak hal tu, banyak juga yang menyebabkan makan hati. Ayam punya atau lembu punya hati tak pa juga, ni hati kita, hati sendiri. Walau cuba dijaga sebaik mungkin, tercalar dan terluka juga. Sendiri cuai ke? Entah.Selalunya kalau macam ni, muhasabah dirinya adalah "ini adalah kifarah dari Allah sebab selalu saja lagha". Huhu...bila la nak betul-betul jadi macam suatu ketika dulu yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Lani tak tenteram ke? Tak la juga cuma sekarang hati sering dibuai nafsu. Sering tertipu dengan bisikan halus yang cuba menjauhkan diri dari yang sepatutnya. Itu yang boleh tercalar-calar dan tergores sendiri tu.
Selasa, 29 Mei 2012
kisah bulan mei
Dah sebulan rasanya tak menulis. Bukan tak mahu menulis di sini, tapi, tak ada kesempatan untuk aku menulis kat sini dek kesibukan menguruskan bengkel yang baru saja berlalu minggu lepas. Yang seronoknya menguruskan bengkel tu adalah belajar benda baru. Belajar proses-proses mempromosi dan mencari peserta dalam masa yang terhad dan dengan kerenah "orang yang minta dibuatkan bengkel" yang seperti tidak tahu polisi dan hanya tahu "kamu kena buat itu dan ini". Dengan kecetekan pengalaman ditambah dengan dibuat pula di tempat orang yang aku sendiri baru pertama kali ke situ, pagi-pagi lagi kami dah kena marah dengan seorang Datuk. Nasib baik Datuk ni ada rupa. Hee...bukanlah terpikat cuma bila pepagi dah marah marah sampai dah tak nampak nama dalam senarai kan dah hilang hensem dan kredibiliti? Hmm...apa pun, lepas makan tengah hari, aku minta maaf pada dia atas kekurangan kami dan dia pun minta maaf juga pada aku sebab marah-marah. betulla kan, kalau tengah marah tu kena rileks rileks dulu sebelum marah. Kan dah melekat kat otak ni pasai dia. Mmm...tapi bila dia pun datang minta maaf sama, rasa kagumla pulak sebab sekejap saja marahnya dan baru sesuai dengan gelaran yang disandang.
Ok, cukup pasal bengkel. Sekarang nak cerita tentang hal keluarga pula. 25 hb Mei lepas adalah ulangtahun ke lima perkahwinan kami. Malangnya tak dapat disambut sebab ada kecemasan yang tiba. Tak apalah, cukuplah ingatan bahawa kami tak pernah lupa pada tarikh ijab kabul yang menghalalkan hubungan ini. Alhamdulillah..diam tak diam, dalam susah dan senang bersama, kami hampir masuk tadika. Hee....cuma sekarang masih menanti apakah masih ada kesempatan untuk kami bergelar ibu dan bapa. Walau apa pun yang terjadi, kami redha.Kami dah tengok ujian adanya anak. Jadi kami redha dengan segala ketetapanNya kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.
Dari bulan 12 tahun lepas dia bersama kami, sekarang kami kembali berdua. Sepanjang bersama kami, kami sudah kasih padanya, namun tindakan-tindakannya juga telah membawa kepada tindakan yang kami ambil sekarang. Kami berharap semoga suatu hari nanti dia akan sedar kenapa tindakan itu diambil dan sedar siapa sebenarnya yang lebih menyayanginya dan apa itu rasa bahagia yang sebenarnya. Ya Allah, permudahkanlah jalannya, semoga dia keluar sebagai anak yang taat dan wanita solehah. Amin...

Jumaat, 27 April 2012
tentang hati lagi
Semalam aku dah cakap tentang hati. Hari ni rasa nak cakap tentang hati lagi. Kenapa? Sunyi ka? Tak kot....dah banyak kasih sayang yang aku dapat selama ni. Aku sangat bersyukur. Kalau semalam aku katakan aku tahu kelemahan hati aku. Semalam juga tiba-tiba saja aku termimpikan seseorang. Bukan cinta hatiku cuma orang yang pernah aku kenal suatu ketika dulu. Dia hadir dalam mimpi tapi aku tak ingat dia pun. He...pernah dengar orang kata kalau kita mimpikan seseorang tu, maknanya dia rindukan kita. Ye ke? Ke...aku yang lebih-lebih dok ingat kat dia? Tak mungkin..dengan tuntutan tugas yang menimbun, dan tuntutan kerja sambilan yang hampir tamat tempoh ni, aku tak sempat nak fikirkan sesiapa. Aku cuma fikirkan mereka yang terdekat dengan aku saja: cinta hatila, sapa lagi... selain tu....dak piah, mak dengan ayah sudah semestinyala, hee...tak apala, nak perasan jugala kata dia dok rindu aku. dia siapa? Dia la....hee....gatal. Kalau penyakit gatal macam ni ada ubat, mesti ramai yang akan mendapatkannya kan?
Langgan:
Catatan (Atom)