Ahad, 6 Januari 2013

Bidadari-bidadari syurga






Entri kali ni nak kupas tentang  buku Tere Liye lagi. Lepas buku Daun yang jatuh tidak membenci angin, aku dah terjatuh cinta dengan gaya Tere Liye. hee..Buku ni bawa cerita yang lain sikit. Sebelum baca buku ni, aku tengok jugala komen-komen orang yang pernah baca buku ni. Memang memberangsangkan. Dah difilemkan juga la cerita ni.

Oklah, buku Bidadari-bidadari Syurga ni berkisar tentang seorang perempuan yang dinamakan Laisa. Laisa ni kakak sulung dalam keluarga ni yang punya fizikal yang sangat berbeza daripada empat adik-adiknya; tiga lelaki dan seorang perempuan (bongsu).  Ada kisah disebalik perbezaan ini. Yang nyatanya, Laisa ni sangat tekun, tekal kata cikgu terjemahan aku, Puan Juneta Zawawi. Berlatarbelakangkan kawasan penanaman strawberi di lembah Lahambay, kisah Laisa dihidupkan dengan kesabaran dan pengorbanannya dalam menghadapi dan melayani karenah adik-adiknya yang pelbagai- ada yang nakal dan ada yang terlalu baik dan memahami. Namun, kesemuanya termasuk Laisa digambarkan sebagai anak-anak bijak yang dibesarkan dengan pelajaran dari alam, dibesarkan dengan cerita-cerita dari Mamak tentang Nabi. Cara didikan Mamak mereka ni dipraktikkan pula pada anak-anak mereka.

Keseluruhan cerita ni sangat membakar semangat dan mencuit emosi. Cukup rencahnya. Ada suka, sedih, kelakar dan geram. hee...kalau dengan aku, elemen geram tu mesti ada. Emosi saja kata kawan aku. Hmm...bacala ya, nak ceerita lebih-lebih macam tak patut pula sebab aku pun kalau nak tahu tentang satu-satu buku tu memang tak suka kalau orang cerita lebih-lebih. Biar aku baca sendiri. Lebih masyukkk...hee...dah la. nak keluar pula. Seharian dah ngadap komputer riba ni. Penat mata. Selamat membaca...

5 ulasan:

  1. Kak Linda dah baca ye buku Daun yang Jatuh... ? Hehe, best kan? Salam Ziarah Kak Linda :)

    Khadijah Khalilah

    BalasPadam
  2. Ziarahla selalu..memang nak menulis tp slalu pon tak berkesempatan. Bestt sangat buku buku tere liye ni khadijah. Ada pulak pembekal buku buku dr sana.

    BalasPadam
  3. Jemput ziarah slalu. Bestt..suka sangat dgn dia punya buku

    BalasPadam
  4. ni buku dia paling latest ke?

    BalasPadam
  5. Rembulan tenggelam di wajahnya kot yg latest. Tak pasti. Yg tahu sekarang memang tgh kumpul buat koleksi buku2 tere liye ni. Versi asal (indonesia). Kalau yg dah diMelayukan kurang sedap membacanya. Anyway thanks membaca dan mengomen

    BalasPadam