Memaparkan catatan dengan label ulasan buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan buku. Papar semua catatan

Ahad, 6 Januari 2013

Bidadari-bidadari syurga






Entri kali ni nak kupas tentang  buku Tere Liye lagi. Lepas buku Daun yang jatuh tidak membenci angin, aku dah terjatuh cinta dengan gaya Tere Liye. hee..Buku ni bawa cerita yang lain sikit. Sebelum baca buku ni, aku tengok jugala komen-komen orang yang pernah baca buku ni. Memang memberangsangkan. Dah difilemkan juga la cerita ni.

Oklah, buku Bidadari-bidadari Syurga ni berkisar tentang seorang perempuan yang dinamakan Laisa. Laisa ni kakak sulung dalam keluarga ni yang punya fizikal yang sangat berbeza daripada empat adik-adiknya; tiga lelaki dan seorang perempuan (bongsu).  Ada kisah disebalik perbezaan ini. Yang nyatanya, Laisa ni sangat tekun, tekal kata cikgu terjemahan aku, Puan Juneta Zawawi. Berlatarbelakangkan kawasan penanaman strawberi di lembah Lahambay, kisah Laisa dihidupkan dengan kesabaran dan pengorbanannya dalam menghadapi dan melayani karenah adik-adiknya yang pelbagai- ada yang nakal dan ada yang terlalu baik dan memahami. Namun, kesemuanya termasuk Laisa digambarkan sebagai anak-anak bijak yang dibesarkan dengan pelajaran dari alam, dibesarkan dengan cerita-cerita dari Mamak tentang Nabi. Cara didikan Mamak mereka ni dipraktikkan pula pada anak-anak mereka.

Keseluruhan cerita ni sangat membakar semangat dan mencuit emosi. Cukup rencahnya. Ada suka, sedih, kelakar dan geram. hee...kalau dengan aku, elemen geram tu mesti ada. Emosi saja kata kawan aku. Hmm...bacala ya, nak ceerita lebih-lebih macam tak patut pula sebab aku pun kalau nak tahu tentang satu-satu buku tu memang tak suka kalau orang cerita lebih-lebih. Biar aku baca sendiri. Lebih masyukkk...hee...dah la. nak keluar pula. Seharian dah ngadap komputer riba ni. Penat mata. Selamat membaca...

daun yang jatuh tidak pernah membenci angin






buku ni dah lama aku habiskan bacaannya tapi tak terulas sebab ke'em'man yang sangat kuat. Sekarang dah mula kerja, pandai pula rajinkan diri. Hee...buku ni buku Tere Liye yang pertama aku baca. Mula cerita agak slow, jadi aku agak mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan penulisan dia, memahami Bahasa Indonesia yang bukanlah bahasa aku, dan cuba mencari di mana sedapnya buku ini. Sehari, dua hari tiga hari, masuk hari keempat aku sudah tidak mampu menolak ke tepi buku ni. Terus aku gagahkan diri membaca hingga akhir. Hasilnya?  Huhu..sedihnya..terkesan sampai ke malam. Hee..sorila encik suami, hati ni lembut sangat.. teremosi pulak. Baca buku ni terasa macam akulah watak utamanya (hee...lainla..dia digambarkan sebagai cantik sangat dan aku biasa-biasa saja tapi comel kata dia. Hee...alhamdulillah..). Hep! sambung balik. Tak sia-sia aku kirim pada Pak Adhi masa dia balik ke kampungnya di Jakarta (kot..).

Cerita dia mudah sangat, kisah dua beradik miskin yang kematian bapa. Tinggal dengan emak, dan mengamen (minta duit sambil menyanyi atau menghibur orang tu)untuk mencari rezeki. Berjumpa dengan seorang pemuda yang akhirnya mengambil mereka berdua untuk tinggal bersamanya apabila emak mereka meninggal. Lelaki yang mereka panggil "malaikat' itu terjatuh cinta pada si kakak dan si kakak juga punya rasa yang sama tapi bila "malaikat' yang mereka panggil 'Kakak' tu mengambil keputusan melawan rasa hati dan terlalu memikirkan "APA ORANG KATA" andai rasa hatinya diteruskan menyebabkan aku terus melekat dengan buku ni. Hmm..kesudahan yang sangat menyakitkan hati. Malas aku nak tulis panjang-panjang sebab aku rasa sesiapa yang nak membaca, baik jangan tahu kesudahannya dulu (nanti tak emosi..atau aku yang terlebih emosi? hee..). Jadi, belilah. Tak rugi.