Bahagia
kerana punya seorang suami
yang sentiasa ada bila diperlukan
menyokong setiap keputusan yang betul
menegur, menasihati masa terleka
menyayangi dan mencintai dengan sepenuh hati
dan bersama-sama mencari keredhaan Ilahi
Gembira
dengan 'kepulangan' seorang sahabat yang agak lama 'menghilang'
kembalinya mengutip semangat yang bertaburan
kembalinya dengan harapan
dan kembalinya sebagai seorang pejuang
Sedih
kerana masih ada yang belum mampu aku bantu
meminggir kerana salah faham
terpinggir kekurangan
kerana tak mahu dibantu
Mengharap
untuk bergelar seorang ibu
untuk berjaya dengan cemerlang dan tepat masa
untuk menjadi wanita solehah
Kuat
kerana aku punya Allah
yang aku yakin
akan membantu setiap usaha yang murni dan ikhlas
mendengar setiap doa yang dipohon
dan mengabulkan permohonan-permohonan itu
agar hambanya ini
berjaya
di dunia dan akhirat
sebagai hamba, anak dan isteri
dan mungkin ibu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan