Isnin, 26 Mac 2012

Semua Orang Sayang

saudaraku,
sayangku tidak bertepi
kasihku padamu hanyalah keranaNya
aku tidak mengharapkan apa-apa daripadamu
tapi aku hanya mengharapkanNya
agar sentiasa memberiku kemudahan
untuk dapat selalu memudahkanmu

saudaraku yang kukasihi
percayalah padaku
jangan dijarakkan hubungan ini
kerana tautan hatiku padamu suci
hati ini menyayangimu setulus hati
tiada langsung benci
bukan juga kerana simpati
tapi kerana kasih aku memberi

saudaraku
tegurku kerana kasih
marahku kerana sayang
tiada niat dihati untuk menyakiti
malah aku ingin selalu memberi
jika punya kesempatan

saudaraku
bila diberi hidayah untuk berhijrah
kita akan dituntut kekuatan jiwa, mental dan pengorbanan
kita perlu menghadapi dugaan dan ujian
setiap perbuatan kita akan dikritik
kita akan terasa bersendirian
kita akan terasa dipinggirkan
tapi percayalah
perjuangan yang benar kerana Allah
pasti membuahkan hasil
jangan putus berdoa untuk mereka dan kita

saudaraku
berlemah lembut dan berhemahlah dalam berdakwah
rujuk kembali surah Thaha ayat 43 dan 44
andai Nabi Musa diminta Allah berlemah lembut dengan Firaun
inikan kita dengan mereka
yang kita kenal hati budinya
yang kita faham tingkah lakunya
yang kita mahukan segala yang terbaik  untuk mereka

berdoalah
janganlah putus berdoa
kerana lambat atau cepat Dia pasti makbulkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan