Bagi aku juga, hati selalu berkait iman. Bila hati baik, maknanya iman tengah elok. Kalau hati tak baik, sakit atau rosak, iman mungkin sedang goyah lalu lahir dan terzahirlah tindakan-tindakan yang tak sepatutnya....sedih sebenarnya bila kita mengajak pada kebaikan tapi orang tak mahu ikut. Memang ya, kita pun tak selalunya 'warak', selalu juga tergelincir tersalah langkah, tapi janganlah dilihat pada siapa yang berkata-kata. Lihatlah pada apa yang dikata sebab kalau nak lihat siapa yang berkata memang kita selamanya tidak akan 'sedar diri' kerana selalunya orang yang kita lihat sebelah mata itulah yang berkata dengan sejujurnya dari hati, kerana sayang dan kasihnya hanya kerana Allah. Dia tak mahu kita terseret dengan syaitan ke laluan yang salah, dia tak mahu kita 'hanyut' dengan keseronokan yang sementara, dan dia tak sanggup memikirkan syaitan terkekeh-kekeh ketawa setiap kali ajakan ke arah kebaikan itu tidak bersambut. Dia memang tidak sanggup. Walau hatinya juga selalu berbolak balik, namun dia akur yang dia perlu mujahadah.
kredit untuk gambar kepada jalan akhirat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan