Isnin, 17 Januari 2011

tetiba bercakap tentang blog orang popular

tadi dok menggugel-gugel mencari blog-blog yang mungkin seronok dibaca, aku terjumpala blog si merah (panggilan aku dan suami pada zahiril adzim yang berlakon jadi merah dalam cerita merah putih tu....). hee...suka pulak, dahla memang aku suka tengok dia berlakon. kalau bercakap tentang pelakon, hanya ada beberapa sahaja pelakon yang aku betul-betul suka tengok kalau depa berlakon. antaranya: si merah nila, si yana samsudin tu, bront palare, afdlin shauki, que haidar dan siapa tu yang berlakon dalam sindarela jadi sindarela tu? mm...ayok, dah tua dah ni..lupa pulak nama pelakon tu....mm....(sambil menggaru kepala)....mmm..xapala abaikan saja. memang lupa sungguh. ha..nila antara pelakon-pelakon baru yang aku suka tengok. afdlin pelakon baru ke? hehe...dia pelakon atas sikit....segagasan dengan orang-orang seangkatan dengan merekala...hmm...melalut-lalaut saja. mm...ni, tadi cakap tentang si merah ni, aku jumpa blog si merah ni, ralit jugala baca. ayat tak la ringkas sangat dan tak la melalut sangat. pergila blog dia, baca dan komen. bagi aku, aku sukala baca blog si merah ni.



satu lagi blog adalah blog TEMPURUNG PECAH. walaupun aku ngeri tengok gambar kat GAZA pada awal page tu, tapi aku suka juga baca coretan dia. yala, pengalaman orang yang dah banyak makan garam kan....



aku ada juga pergi blog yana samsudin. tapi kurang menyentuh jiwa. hehe..minta maap ya,  tapi aku suka gila tengok dia berlakon. agaknya sebab dia comel kot...???? lagi satu blog yang aku jengah adalah blog farid kamil. memangdangkan dia punya lakonan pun aku kurang tengok, agaknya sebab dia punya lakonan tak pelbagai kot...banyak sangat cerita cinta remaja dan kisah rempit yang tak sesuai dengan jiwa aku maka aku pun tak adalah kagum dengan blog dia. tapi dia sekapal la dengan aku. hehe...sekapal ja..tak kenal pun....dia tak kenal aku, aku kenal dia pun sebab dia pelakon. cuba dia orang biasa, mesti lagi tak kenal.


dahlah, terleka pulak menulis tentang artis ni. hehe..ooo..lagi sorang yang aku suka, isma yusof ka sapa nama dia. ala...yang berlakon jadi butang dalam merah putih juga tu...oho...dia ni pun sama standard dengan si merah dan bront juga...

sebab masih juga tak jumpa nama sindarela tu dan malas pulak nak menggugel cari walaupun sekadar pergi tab sebelah dan taip, maka aku akhirilah dulu entri kali ni dengan: marila kita sama-sama memblog dan membaca blog kengkawan. ADIOS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ku bahagia

hari ni hari lahir aku yang ke...hee...dah tua dah. dah lebih 30 tahun tapi tetap rasa macam masih si manis 17 gitu. hmm...pertambahan usia sepatutnya makin mematangkan diri tapi kadang-kadang ada hal yang merencatkan kematangan maka jadilah aku macam si manis 17 tadi. pada rupa sahaja ya, bukan pada jiwa. alhamdulillah..aku tidaklah ada apa-apa yang merencatkan akal fikiran seperti yang dikata tadi. tak ada pun...saja ja taip... tambahkan panjang entri ni..


sebetulnya hari ni aku sangat bahagia, aku rasa hidupku sudah lengkap dengan adanya seorang suami di sisi (walaupun masih kurang satu iaitu anak, tapi aku punya ramai anak saudara dan anak-anak kucing yang ada di rumah cukup membuatkan hati aku gembira -nanti-nanti adalah rezeki kan....Allah Maha Mengetahui). sebelum tidur semalam aku sudah mendapat ucapan dari suamiku dan pagi tadi sebelum dia berangkat ke KL, dia memberi kejutan kepadaku. dihadiahi aku buku bertajuk MEREDAH TAKDIR (gambar atas-aku belum sempat menjenguk apatah lagi membacanya) dan kad. terharunya rasa...jatuh juga airmata keharuan ni. huhu....terima kasih suamiku...

Jumaat, 7 Januari 2011

entri pertama 2011

hai...selamat tahun baru 2011. harap masih belum terlewatlah ya untuk mengucapkannya. nak buat macam mana....dua minggu balik kampung dan tak dapat berinternet. semua urusan pun kenala 'put on hold' dulu... eh kalau dalam Bahasa Melayunya apa ya? terpaska ditangguhkan ke? tangguh bukan delay ke? haii...penterjemah pun tak tahu...macam mana ni?

punyala nak menulis dalam blog sampai terlupa password. tula..nak berahsia sangat blog ni dari pengetahuan orang lain...yala, blog ni tempat aku mencurah rasa, kalau orang lain tahu siapa aku, dah macam membuka pekung di dada la pulak. lagipun, biarlah aku seorang sahaja yang tahu tentang blog ni dan orang yang membaca atau tiba-tiba terjumpa blog ni sahaja yang tahu. hee..POYO sungguh rasanya diri aku ni sekarang. dah dengar azan tadi, tapi belum solat. memasak pun belum. nanti mulala nak kalut.

sebenarnya tadi nak tulis, aku dah beli dua buku secara online dan satu buku kat mph. buku-buku online tu dah lama dah nak beli, tapi biasala kan...budaya tangguh dan M tu masih belum lekang.. tu yang harap sangat tahun ni dapat buang semua tu tu. harap juga pada tahun ni aku mampu menabung sebanyak mungkin. nak setel hutangla dulu yang pasti. ooo..berbalik pada buku tadi. buku apa yang aku beli banyak sangat tu? hehe...

1) oi bangunlah oi karya DR HM TUAH ISKANDAR - yang ni beli kat MPH



2) enrique mengundang jauh juga karya DR TUAH (agaknya sebab namanya aku tertarik sampaikan ke buku DR tuah pun menarik) boleh kata banyak jugala buku-buku Dr Tuah dalam simpanan aku...cuma terpaksa lepaskan buku Jangan Main-Main pada kakak aku sebab dia tak mampu tapi suka juga membaca...











3) TALBIS IBLIS - Ibn Qayyim - buku ni dah lama dok cari, baru jumpa, yala cari macam tu saja bukan cari dengan sungguh-sungguh dan dengan duit...mula dengar tentang buku ni dari ceramah ustaz shamsuri ahmad, dari hari dengar tu, tercari-cari, sampai tersilap beli sebab ingat hati saja bukan ingat iblisnya..hee...kelolo tak kira tempat dan masa.. nak buat macam mana...harap tahun ni dapat berubah...







oklah, rasanya tu ja kot nak cerita, lain kali, cerita lagi...

Khamis, 16 Disember 2010

mampukah aku kembali?

mampukah aku kembali
kepada fitrah diri
yang inginkan kebaikan
inginkan dekat denganNya

mampukah aku kembali
mendapatkan hati yang suci
agar dapat aku nikmati
anugerah dari Ilahi
dengan sepenuh hati

aku mampu kembali
kerana Allah sentiasa mengetahui
apa yang ada di hati

emosi

sekarang aku sangat beremosi. sangat terganggu dan serabut. dalam keadaan diri yang sebegini aku mudah tersasar. yang menjadi mangsa adalah empat kecik dan satu besar yang ada dalam rumah. telah aku cuba mengawal diri sekuat mungkin tapi aku terikut juga. lemahnya iman ni. maka, ketawalah syaitan-syaitan tu...bisikannya telah aku turuti. macam mana ni? ingat dapatla berhijrah sempena tahun baru ni. mm...mungkinkah kepergianku dirindui atau kepulanganku dinanti? hanya Allah yang tahu.

Rabu, 15 Disember 2010

andai aku kura-kura

andai aku kura-kura,
aku tidak mahu keluarkan kepala
biar aku tidak nampak apa
biar orang juga tidak nampakmuka aku
aku malu aku kurang peka dengan alam
aku malu aku kurang perhatian pada dia
aku juga malu 
kerana selama ini aku tidak pernah tahu itu
tidak pernah nampak sedangkan kepalaku sudah kupanjangkan ke luar

ahhh
berserabutnya fikiranku
semua serba tidak kena
semua serba kalut
seperti racun
semua tu perlahan-lahan membunuh jiwa ini
perasaan ini seperti akan mati
mati bersama anggapan-anggapan mereka
mati bersama kepercayaan dan doa mereka
langkahku semakin lambat
semakin tersekat
dan semakin berat

kenape mereka tidak pernah mahu melihat ke dalam?
dan kenapa mereka juga tidak pernah mahu faham?
kura-kura ini mukanya selalu saja dikeluarkan untuk mereka

kini, kura-kura ini kelelahan
kura-kura ini kepenatan 
kura-kura ini juga sudah tidak mampu mengeluarkan kepalanya 
kerana kura-kura ini percaya
semua ini adalah kerana mereka
semua yang dia buat untuk mereka
mungkin itu sebabnya
ya mungkin 'kerana mereka' itulah penghalangnya
kura-kura ini terseksa
ditegur Allah sedemikian rupa hingga tak berdaya memanggung kepala
mungkin 'kerana mereka' jugalah
Allah yang Maha Mengasihani kura-kura kerdil ini 
memberikan kura-kura ini pengajaran sedemikian
agar kura-kura ini tidak lagi melakukan sesuatu itu 
hanya "kerana mereka"
tapi sebaliknya
HANYA KERANA ALLAH SWT

Ya Allah, 
ampuni aku
hambaMu yang lemah ini
ampuni aku yang banyak berdosa ini
kura-kura kerdil yang hanya berjalan dimuka bumi ini
sekadar dengan tujuan mencari keredhaanMu
namun tanpa sedar telah mencipta kemurkaanMu
ampunilah kura-kura kerdil ini Ya Allah
ampunilah
berikanlah aku kekuatan iman dan kesabaran 
agar aku mampu menghadapi semua ujian yang Kau berikan 
dan agaraku,
kura-kura kerdil ini,
mampu mengeluarkan kepalanya semula 
untuk melihat indahnya alam dan seluruh isinya

sukarnya menjadi sempurna

rupanya selama ini aku perasan sendiri
ingatkan diri susah sempurna 
atau sudah memberikan yang sesempurna mungkin. 
namun, Allah Maha mengetahui, 
betapa diri ini sangat lemah.
terlalu banyak kekurangan.
terlalu banyak lubang-lubang yang perlu ditampal.

Ya Allah, sukarnya menjadi sempurna
dengan iman yang senipis bawang ini