andai aku kura-kura,
aku tidak mahu keluarkan kepala
biar aku tidak nampak apa
biar orang juga tidak nampakmuka aku
aku malu aku kurang peka dengan alam
aku malu aku kurang perhatian pada dia
aku juga malu
kerana selama ini aku tidak pernah tahu itu
tidak pernah nampak sedangkan kepalaku sudah kupanjangkan ke luar
ahhh
berserabutnya fikiranku
semua serba tidak kena
semua serba kalut
seperti racun
semua tu perlahan-lahan membunuh jiwa ini
perasaan ini seperti akan mati
mati bersama anggapan-anggapan mereka
mati bersama kepercayaan dan doa mereka
langkahku semakin lambat
semakin tersekat
dan semakin berat
kenape mereka tidak pernah mahu melihat ke dalam?
dan kenapa mereka juga tidak pernah mahu faham?
kura-kura ini mukanya selalu saja dikeluarkan untuk mereka
kini, kura-kura ini kelelahan
kura-kura ini kepenatan
kura-kura ini juga sudah tidak mampu mengeluarkan kepalanya
kerana kura-kura ini percaya
semua ini adalah kerana mereka
semua yang dia buat untuk mereka
mungkin itu sebabnya
ya mungkin 'kerana mereka' itulah penghalangnya
kura-kura ini terseksa
ditegur Allah sedemikian rupa hingga tak berdaya memanggung kepala
mungkin 'kerana mereka' jugalah
Allah yang Maha Mengasihani kura-kura kerdil ini
memberikan kura-kura ini pengajaran sedemikian
agar kura-kura ini tidak lagi melakukan sesuatu itu
hanya "kerana mereka"
tapi sebaliknya
HANYA KERANA ALLAH SWT
Ya Allah,
ampuni aku
hambaMu yang lemah ini
ampuni aku yang banyak berdosa ini
kura-kura kerdil yang hanya berjalan dimuka bumi ini
sekadar dengan tujuan mencari keredhaanMu
namun tanpa sedar telah mencipta kemurkaanMu
ampunilah kura-kura kerdil ini Ya Allah
ampunilah
berikanlah aku kekuatan iman dan kesabaran
agar aku mampu menghadapi semua ujian yang Kau berikan
dan agaraku,
kura-kura kerdil ini,
mampu mengeluarkan kepalanya semula
untuk melihat indahnya alam dan seluruh isinya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan