Jumaat, 20 April 2012

macam-macam hidup

Hee...tak tahu nak cakap apa hari ni. Tengokla tajuk entri pun tah apa-apa. aku sebenarnya nak cakap kalau kita dah bahagia dengan cara kita walaupun orang lain bengkak mata sakit hati tengok kita tak macam dia atau mereka, baiklah kita kekalkan dengan cara kita tak? Sekurang-kurangnya kita jujur dengan diri dan hati. tidak terseksa dengan sikap orang dan tidak perlu bermuka-muka untuk mengambil hati orang. Bukannya aku kata kena berkasar, cuma pedulikan kata-kata orang sebab apa yang penting adalah rasa percaya dan yakin diri. itu yang akan membawa kita lebih ke depan selain diredhai Allah. Allah dilupa jangan. Tapi, kalau kritikan orang tu boleh membina, jangan la pulak abaikan semata-mata kerana kita masih juga bahagia dengan keadaan kita. Salah jugala macam tu. Habis tu macam mana? hee...payah kan, nak hidup tanpa retorik? Kata ustaz Pahrol Md Juoi kita 'cantas' saja mereka-mereka atau dia yang tidak membawa kita ke mana-mana. Tambah aku, kemudian, kita tutkan dengan mereka yang boleh bawa kita lebih maju dan dekat denganNya. Barula kita tak terbonsai dan barulah kita akan dapat jadi mukmin yang profesional. Bukan yang mengaku mukmin tapi perangai Masyaallah... mata memandang, mulut berkata-kata. Tak apa kalau memuji, namun memuji pun ada juga dosa pahalanya. Jadi, pandai-pandaila.....sendiri mau ingat dan kata Kiah Propa, "Ingatt...ada yang memerati....hahaha'' (tak suka perangai dia ja Kiah Propa ni, agaknya, kalau dia sopan dan lemah lembut mesti dia lagi menawan kan? hee...minta maafla cik Kiah ya, kata DMFK, cantik tu pakej, kalau muka cantik tapi perangai kurang = tak cantik...kalau muka tak cantik, perangai kurang = buruk... tapi kalau muka cantik, perangai cantik dan muka tak cantik perangai cantik tu, orang yang memandang pun nampak cantik juga.)...haa...kan dah masuk bab yang macam-macam dah. MAlas nak cakap panjang, aku pun tak betul sangat, cuma selalu sedar dirila kata masih banyak yang aku kurang, masih banyak yang kena baiki dan pelajari terutama dalam hal akhirat. Jadi, sesama la kita muhasabah diri, di manakah kita nanti, di layakkah ke syurga, atau sanggupkah kita ke neraka? Sempurnakah solat kita? Apakah terjamin solat yang kita selalu tunjukkan di awal waktu tu diterima? Apakah kita mampu menjamin tiada yang terluka kerana kita? Jadi, di mana kita? Mata kita mata apa? Mata lalat yang mencari yang busuk dan buruk atau mata lebah yang mencari yang manis/madu? Sama-samala kita fikir ya...

Selasa, 17 April 2012

kelakar 2

sekali lagi aku mahu tersenyum dan ketawa. semuanya kerana satu soalan. KENAPA MONYOK?

kalau kita buat kerja dengan serius adakah kita akan tersenyum simpul sendiri? 
Kenapa monyok? Kenapa monyok yang dia nampak sedangkan masa tersenyum tidak pula dia kisah? hmmm....manusia...manusia....perlukan kesabaran untuk meningkatkan iman...

Jumaat, 6 April 2012

tentang hati dan iman

Bila bercakap tentang hati semua orang nak dia punya perasaan dilayan. Nakkan perhatian tapi tak mahu bagi perhatian pada orang lain. Nakkan sesuatu tapi kedekut nak memberi. Termasuklah aku, mungkin. Selalu kita rasa kita dah sempurna, lebih baik daripada orang lain, tapi kita lupa bahawa memang tak semua punya semua kelebihan tapi semua orang punya satu keistimewaan mereka yang sendiri. Jadi, aku rasa payah kalau nak cakap tentang hati secara jujurnya sebab selalunya hati kata lain, sedang mulut?

Bagi aku juga, hati selalu berkait iman. Bila hati baik, maknanya iman tengah elok. Kalau hati tak baik, sakit atau rosak, iman mungkin sedang goyah lalu lahir dan terzahirlah tindakan-tindakan yang tak sepatutnya....sedih sebenarnya bila kita mengajak pada kebaikan tapi orang tak mahu ikut. Memang ya, kita pun tak selalunya 'warak', selalu juga tergelincir tersalah langkah, tapi janganlah dilihat pada siapa yang berkata-kata. Lihatlah pada apa yang dikata sebab kalau nak lihat siapa yang berkata memang kita selamanya tidak akan 'sedar diri' kerana selalunya orang yang kita lihat sebelah mata itulah yang berkata dengan sejujurnya dari hati, kerana sayang dan kasihnya hanya kerana Allah. Dia tak mahu kita terseret dengan syaitan ke laluan yang salah, dia tak mahu kita 'hanyut' dengan keseronokan yang sementara, dan dia tak sanggup memikirkan syaitan terkekeh-kekeh ketawa setiap kali ajakan ke arah kebaikan itu tidak bersambut. Dia  memang tidak sanggup. Walau hatinya juga selalu berbolak balik, namun dia akur yang dia perlu mujahadah.

kredit untuk gambar kepada jalan akhirat
                           

Rabu, 4 April 2012

Tetamu & penumpang

Masuk hari ni dah lima hari empat malam dia menumpang kat rumah. Dia buat sendiri semua yang berkaitan diri dia. Makan, basuh baju, dia tak kacau pun nak sekali malah cuba sedaya upaya dia nak sesuaikan diri kat dalam rumah tu. Dia cuma perlukan ruang untuk merehatkan diri dan tidur sehingga habis tempoh praktikalnya. Cuma satu ja yang aku rasa tak bebas, tak bebas nak bergerak, berpakaian dan juga bermanja. Kadang-kadang aku rasa nak marah dengan keadaan ini tapi aku cuba sabarkan hati, letakkan diri di tempat dia, dan aku redha. Aku redha dengan keputusan dia menumpangkan dak tu di rumah bila mana tanggungjawab tu sepatutnya digalas orang lain a.k.a bos dia. Aku redha kerana ini hari dia, mungkin suatu hari nanti kami juga mungkin berada dalam situasi dia sekarang. Jadi, aku senang hati dapat membantu, senang hati dapat melapangkan dada menerima penumpang itu. :)

Selasa, 27 Mac 2012

lagu zaman

kelakar

Sesekali aku ingin tersenyum malah ketawa mengenangkan mereka..ya,  aku juga mungkin pernah, yang bermanis muka apabila inginkan sesuatu.

Kata Zainal Abidin dalam lagu dia:
manis mulut dibibir
sangatlah merbahaya


Dengarlah ye..hee...

Isnin, 26 Mac 2012

Semua Orang Sayang

saudaraku,
sayangku tidak bertepi
kasihku padamu hanyalah keranaNya
aku tidak mengharapkan apa-apa daripadamu
tapi aku hanya mengharapkanNya
agar sentiasa memberiku kemudahan
untuk dapat selalu memudahkanmu

saudaraku yang kukasihi
percayalah padaku
jangan dijarakkan hubungan ini
kerana tautan hatiku padamu suci
hati ini menyayangimu setulus hati
tiada langsung benci
bukan juga kerana simpati
tapi kerana kasih aku memberi

saudaraku
tegurku kerana kasih
marahku kerana sayang
tiada niat dihati untuk menyakiti
malah aku ingin selalu memberi
jika punya kesempatan

saudaraku
bila diberi hidayah untuk berhijrah
kita akan dituntut kekuatan jiwa, mental dan pengorbanan
kita perlu menghadapi dugaan dan ujian
setiap perbuatan kita akan dikritik
kita akan terasa bersendirian
kita akan terasa dipinggirkan
tapi percayalah
perjuangan yang benar kerana Allah
pasti membuahkan hasil
jangan putus berdoa untuk mereka dan kita

saudaraku
berlemah lembut dan berhemahlah dalam berdakwah
rujuk kembali surah Thaha ayat 43 dan 44
andai Nabi Musa diminta Allah berlemah lembut dengan Firaun
inikan kita dengan mereka
yang kita kenal hati budinya
yang kita faham tingkah lakunya
yang kita mahukan segala yang terbaik  untuk mereka

berdoalah
janganlah putus berdoa
kerana lambat atau cepat Dia pasti makbulkan